Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

Uptown Puchong Night Bazaar : Bazaar Malam Berkonsepkan Moden

$
0
0
Uptown sememangnya terkenal dengan kepelbagaian barangan yang boleh dimiliki pada harga yang murah. Tak kira lah dari segi pakaian lelaki dan perempuan, makanan, barangan rumah, permainan kanak-kanak, barangan sukan, barangan runcit dan macam-macam lagi. Tetapi satu yang Aten tak suka mengenai kebanyakan uptown di Malaysia ialah ianya dibuka pada waktu malam dan tempat yang diadakan terbuka. Bagi perempuan macam Aten, Aten rasa tak selamat kerana kebanyakan uptown buka 10 malam ke atas which is Aten rasa tak sesuai untuk Aten lepak. But well, different people have different opinion right?
Baru-baru ni Aten discover 1 bazaar malam @ uptown berkonsepkan moden di dalam bangunan. No more payung pasar malam! Hehehe. Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB) merupakan uptown pertama dalam Malaysia yang memperkenalkan konsep moden dan tersusun di dalam perniagaan lewat malam.
Elok je sampai sini, memandangkan semua tak makan lagi, kitorang terjah shellout dari gerai Mafioso Shellaut. Memang thorbaek! Licin semuanya. Hahahaha.
Bila bercakap tentang uptown memang akan relate dengan parking. Kebanyakan uptown di Malaysia tidak mempunyai kemudahan parking kereta dan ianya sangat menyusahkan mereka yang nak datang. Tetapi tidak di Uptown Puchong Night Bazaar. Ada padang besar yang dijadikan parking kereta untuk mereka yang hadir. Jadi, tak perlu la bersesak dan berebut parking ye dak? 
Uptown Puchong Night Bazaar merupakan di lokasi yang strategik. Ianya terletak di Jalan Besar Puchong-Putrajaya/Cyberjaya. UPNB berdekatan Tesco Extra Bukit Puchong dan bersebelahan Pasaraya Hero dan Petronas.

Antara sebab kenapa korang kena datang Uptown Puchong Night Bazaar : 
  • Wifi percuma
  • Persembahan muzik
  • Karaoke
  • Shisha
  • Event
  • Parking percuma
  • Siaran bola sepak
  • Tayangan filem
  • Promosi
  • Medan selera yang luas
  • Air cooler
  • Mist fan
  • Surau
  • Skrin LED gergasi
Menarik kan?
UPNB beroperasi dua tahun lalu oleh LDP-Mayfair Assets dengan visi untuk menyediakan platform untuk para usahawan mengembangkan perniagaan mereka. Jadi, sesiapa yang ingin tahu penangan Uptown Puchong Night Bazaar ni boleh lah mula berniaga di sini. Mereka mempunyai pelbagai kemudahan dan jangan risau kerana kawalan keselamatan disini dijalankan 24 jam!

Berminat untuk memulakan perniagaan disini?
Boleh hubungi : 016 444 9657 (Winnie)
Di Uptown Puchong Night Bazaar juga ada ruangan untuk disewa bagi sebarang event khas dengan harga yang cukup murah seperti kawasan lapang di belakang yang berukuran 7,200 persegi untuk disewa untuk 'jualan gedung atau warehouse sale' dengan kadar RM1,000 sahaja.
Skrin TV yang besar! Tengok game bola memang sangat meriah kalau camni. Lagi-lagi kalau pergi dengan satu team dengan kita kan? :p

KRU WORD SHOES
Salah satu kedai yang menarik perhatian Aten di Uptown Puchong Night Bazaar ialah kedai Kru Word Shoes!  Kru Word Shoes menjual pelbagai jenis jenama kasut secara retail dan borong seperti Adidas, Nike, Puma, Red Wing, Timberland dan banyak lagi. Selain dari kasut, mereka juga ada menjual beg outdoor seperti Osprey, Deuter, Northface dan Jack Wolfskin. 
Dengan bermodalkan RM15,000 masa memulakan perniagaan ini, kini Kru Word Shoes berkembang dengan modal RM200,000 - RM300,000 malah menyediakan kasut-kasut desain terbaharu. "Menariknya kami ialah kami tidak menyimpan banyak desain bagi satu-satu jenama agar ianya eksklusif walau pun bukan original tetapi kualitinya tetap terjamin," tambah Nazari. 

Staff kat sini sangat rajin dan sabar melayan kitorang yang rambang mata taktau nak pilih kasut yang mana sebab semuanya cantik! Hahaha. Nak tengok tak Aten ambik kasut mana? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cantik takkk? Memandangkan Aten pregnant, takde dah pakai kasut tinggi2 jadi Aten memilih kasut sukan untuk dipakai. Sangat selesa! Warna pun soft je. Iloikeeee! Hehehe
Di Uptown Puchong Night Bazaar juga ada dinding grafiti yang cantik dan kreatif untuk ambil gambar kenangan. Hehehe. Overall, kitorang sangat enjoy lepak kat sini dan semestinya Aten akan datang ke sini lagi! :D




Peluang Jana Pendapatan Melalui Vending Machine

$
0
0
Jana pendapatan melalui vending machine? 
Tak pernah terlintas di minda Aten mengenai perniagaan melalui vending machine. Rupa-rupanya di negara luar sangat popular dengan perniagaan vending machine. Perniagaan vending machine yang Aten maksudkan ialah bukan minuman sahaja tetapi juga barangan keperluan seharian kita. Menarik! 

Haritu Aten berkesempatan untuk ke Majlis Sidang Media Memorandum Perjanjian Usahasama DMH Niaga Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) . Dua syarikat yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan kini menjanjikan peluang jana pendapatan kepada usahawan baru melalui teknologi vending machine.

Kolaborasi di antara DMH Niaga dan DPUKM dilancarkan secara rasmi melalui inisiatif program 'Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM - Boss Vend' oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Objektif Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM :
  • Melahirkan Usahawan 'Vending Machine' di bawah DPUKM
  • Memberi peluang kepada usahawan baru menjana pendapatan melalui Vending Machine
  • Membantu usahawan baru mengurangkan kos-kos operasi perniagaan mereka seperti sewa kedai, pekerja, utiliti dan sebagainya
  • Memberi peluang jaringan bersama-sama usahawan yang lain di bawah DPUKM
  • Membantu memasarkan produk usahawan IKS
  • Membantu mengurangkan kos pemasaran produk IKS
  • Meningkatkan hasil penjualan produk IKS
  • Menjadikan vending machine sebagai kemudahan utama untuk pengguna Malaysia mendapatkan produk IKS
  • Memberi peluang kepada usahawan IKS untuk menempatkan dan mengiklankan produk-produk mereka di 1001 vending machine seluruh Malaysia
Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan DMH Niaga, Datin Natasha bt Dato Abdul Rahim dan Presiden DPUKM, Dato' Seri Abu Hassan Mohd Nor. Turut hadir menyaksikan pelancaran program ini ialah pengerusi TPM, Dato Ahmad Fauzi Zahari.

Kini, ahli DPUKM boleh memasarkan produk mereka melalui mana-mana vending machine yang ditempatkan di lokasi strategik seluruh Malaysia. Pemasangan vending machine ini akan dimulakan di hospital-hospital seluruh Malaysia. Pemilik vending machine boleh membeli produk secara pukal terus dari pengeluar produk IKS.
Datin Natasha berkata inisiatif kerjasama antara kedua-dua pihak bersetuju membantu mencari 1001 usahawan IKS dalam kalangan ahli DPUKM untuk memasarkan produk mereka melalui teknologi vending machine yang dibekalkan oleh syarikatnya. Pelancaran teknologi "Boss Vend" merupakan vending machine pertama di Malaysia yang memasarkan produk IKS di seluruh Malaysia.

Dengan adanya Boss Vend, pengguna Malaysia kini dapat membeli keperluan mereka secara langsung pada bila-bila masa. Ianya juga membantu merangsang pembangunan dan pertumbuhan keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia
Boss Vend kini terdapat sembilan jenis mesin. Ciri unik Boss Vend adalah skrin digital pada semua mesinnya. Tidak seperti mesin konvensional yang lain, Boss Vend juga boleh digunakan untuk pengiklanan dan promoso interaktif untuk PKS sendiri. 
Antara rangkaian produk yang boleh dipasarkan melalui mesin layan diri ini termasuk minuman panas dan sejuk, makanan dan makanan ringan, jus, peralatan mandian dan pelbagai produk lain lagi. So, kepada usahawan di luar sana, ayuh guna teknologi terbaru ni untuk kembangkan perniagaan korang!

Kempen PizzArt oleh Anchor Food Professionals Malaysia

$
0
0
Yeayyy kempen PizzArt kini kembali untuk kali ke-2!

Kempen PizzArt kedua ini diadakan kerana kejayaan besar kempen PizzArt yang pertama, yang dijalankan di seluruh negara dari Mei hingga Oktober 2017 lalu.

Kempen PizzArt menjadi lebih baik dan menarik dengan 5 menu terbaru mereka iaitu, PizzBurger gabungan daging dan keju, sebagai keunikan utamanya, empat lagi pizza yang dicipta oleh Anchor Food Professionals termasuk UltiMeat Pizza, pizza berasaskan daging ayam, Deep Cheese Pizza, Cheese Pretzza yang hangat dan Pizza Rolls yang yang sangat sedap!
Untuk meraikan pelancaran itu, Chef Firuz dari Anchor Food Professionals, menunjukkan bagaimana salah satu ciptaan mereka, Deep Cheese Pizza dibuat.
Selain itu, turut diadakan eating pizza competition di mana semua peserta perlu menghabiskan PizzBurger dalam masa yang ditetapkan. Pemenang 3 terpantas memenangi hadiah wang tunai dan hadiah Premium Profesional Makanan Anchor.
Bercakap pada pembukaan kempen PizzArt kedua di Kuala Lumpur adalah Pengarah Profesional Makanan Anchor Malaysia dan Brunei, Linda Tan, tentang bagaimana jenama itu menjejaki penyelidikan berasaskan New Zealand mereka dan peranan mereka sebagai perunding kepada restoran dan pelanggan. 

"Fenomena pizza sentiasa berkembang dan berubah, dan kami menyedari potensinya sesuai dengan trend makanan dan minuman (F&B) tempatan. Selain itu, kami ingin menggunakan pengetahuan kami untuk terus menyokong pelanggan kami dengan membawa trend makanan global untuk menggembirakan pengguna mereka, "kata Cik Tan.
Sejak pelancaran penjenamaan semula pada bulan Ogos 2016, Anchor Food Professionals telah aktif bekerja bersama pelanggan untuk membawa penyelesaian perniagaan dan produk yang menjawab soalan-soalan seperti meningkatkan keuntungan dan mengurangkan sisa. Antara kempen inovatif sebelum ini yang menjadi perhatian orang ramai ialah Anchor’s Say Cheese dan Anchor Travel Cake. 
Deep Cheese Pizza draws inspiration from the Chicago-authentic deep dish pizza, featuring an elevated layer of stuffing filled with creamy, delicious Anchor Mozzarella Cheese and Anchor Colby and Cheddar Cheese with a hearty Putanesca filling.
PizzBurger features a succulent grilled minced lamb patty stuffed with Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby and Cheddar Cheese and baked in light crust with Anchor Butter.
The Pizza Roll oozes cheesiness with every bite as it’s stuffed with Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese and Anchor Colby and Cheddar Cheese, Masala lamb and spinach – perfect for breakfast and as snacks. 
The wholesome UltiMeat Pizza ambitiously features a pizza base made entirely out of ground chicken breast deep fried to crusty perfection before being baked with Anchor mixed cheeses on top, great for sharing with loved ones
The salmon-filled Cheese Pretzza, as the name suggests, incorporates Anchor Cream Cheese and Anchor Extra Yield Cooking Cream into the dough before it is baked and served with a side of pizza dipping sauce. 

Anchor Food Professionals akan memperkenalkan ciptaan terbaru mereka melalui kempen PizzArt dari Disember 2017 hingga awal Jun 2018.

Pizza-pizza diatas boleh didapati di :
  1. U Pizzeria di Subang, Selangor
  2. Pizza House di Bandar Utama, Selangor
  3. Pizza 185 di Bandar Puchong Jaya, Selangor
  4. Havana di Changkat, Bukit Bintang
  5. The Butcher’s Table di Petaling Jaya
  6. US Pizza di Bayan Lepas & Georgetown, Pulau Pinang
  7. Mustard Sandwich House and Food & Desire di Ipoh, Perak
  8. Temasek Hotel Café (Portugese Settlement Hotel) di Ujong Pasir, Melaka
  9. Hungry Bear di Bukit Beruang, Melaka
  10. Finale Kitchen Bar di Johor Bahru
  11. The Chubs Grill and Mad Ben Café di Kota Kinabalu, Sabah
  12. Osome Wood Fired Pizza di Kuching, Sarawak
  13.  Chillax Café & Bistro di Miri, Sarawak
  14.  dan Bistecca & Bistro di Sibu, Sarawak.
Enjoy!

Chefology and McCormick Jadikan Pengalaman Memasak Seronok dan Selamat

$
0
0
Haritu Aten berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet yang dianjurkan oleh Chefology dan McCormick di The Cooking House di Bangsar.  Sesi Meet & Greet ini diadakan untuk memperkenalkan penambahan koleksi terbaru dari Chefology Oasis Swiss Sdn Bhd, Chefology Nature Series, yang terdiri daripada lima barangan alat memasak yang direka untuk menjadikan memasak di dapur seronok dan selesa.
Aten dan blogger lain telah dijemput untuk berkongsi keseronokan dan kegembiraan memasak di bengkel memasak yang akan menjadi sebahagian daripada aktiviti sest Meet & Greet ni. Kitorang berjaya menghasilkan 2 resipi lazat menggunakan herba dan rempah-rempah dari McCormick untuk mempamerkan kualiti dan fleksibiliti produk McCormick yang diedarkan di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.
Antara produk terbaru dari McCormick ialah McCormick Sea Salt Grinder dan McCormick Black Peppercorn Grinder. McCormick Sea Salt Grinder dan McCormick Black Peppercorn Grinder adalah pengisar laras dilengkapi dengan tiga tetapan grind berbeza: halus, sederhana dan kasar. Dengan hanya pergerakan yang mudah pusing, kita boleh mengisar kekasaran garam dan lada yang kita inginkan. 
Antara produk McCormick yang menjadi kegemaran Aten! Hehehe
McCormick Grill Mates BBQ Sauce menambah rasa barbeku di dalam semua masakan.  Satu botol rempah McCormick dipadatkan ke dalam McCormick Grill Mates BBQ Sauce yang menjadikannya ianya sos yang terbaik kerana kita boleh marinate, dip dan glaze. McCormick Grill Mates BBQ Sauce boleh didapati dengan 3 perasa iaitu:
  1. Vintage Smokehouse - Delicious smoky hickory layered with premium spices like chilli pepper and paprika.
  2. Brown Sugar - Tantalisingly sweet with brown sugar, onion, cinnamon and cloves.
  3. Chilli and Pepper - A delectable blend of onion, tomato, chilli pepper, capsicum and cloves.
Chefology Nature Series merupakan keluaran terbaru dari Chefology Oasis Swiss Sdn Bhd. Direka dengan struktur ergonomik, diperbuat daripada 'die-cast aluminium' dengan 6 lapisan untuk memastikan pengalaman memasak di dapur lebih selamat. Chefology Nature Series mempunyai ciri salutan marmar yang sangat tahan lama
  • Tahan lama, tahan karat, tahan gores dan tidak melekat
  • Pemegang keluli tahan karat ergonomik yang panjang
  • Pengedaran panas dengan kehilangan haba minimum
Chefology Nature Series berfungsi pada semua dapur, termasuk gas, elektrik, seramik dan juga dapur induksi. 6 lapisan yang disalut membantu untuk mengedarkan haba sama rata untuk membolehkan memasak lebih mudah dan mesra pengguna sesuai untuk digunakan di setiap dapur di rumah.
Cheesy Black Pepper Chicken Salad dan Basil Crepes dengan Banana Caramelised menggunakan Chefology Nature Series dengan sentuhan rasa asli dari herba McCormick dan rempah-rempah. Ternyata pengalaman yang menyeronokkan dan kreatif dengan Chefology dan McCormick yang Aten dapat! *.*

Resepi Chicken Butter Sedap dan Mudah

$
0
0
Haritu Aten mengidam nak makan chicken butter. Selera makan bertambah-tambah sejak ada baby dalam perut ni. Hahaha. Lepastu memang time mood rajin. So, sempat lah snap 2 3 gambar untuk dikongsi dengan reader Aten. Moga dengan gambar yang Aten ambik ni memberi motivasi untuk korang belajar dan masak chicken butter ni. Hehehe

Resepi Chicken Butter Sedap dan Mudah :
Bahan-bahan :
4 keping ayam thigh - potong kecil
Butter
Cili merah
Cili padi
Susu cair
Daun kari
McCormick Sea Salt Grinder
McCormick Black Peppercorn Grinder
Telur
Tepung gandum
Tepung jagung
Cara masak Chicken Butter :

1. Gaulkan isi ayam yang sudah dipotong kecik dengan tepung (tepung gandum&tepung jagung) dan telur. Goreng ayam sehingga separuh masak.

2. Ayam yang sudah disiap masak, letak di dalam pinggan lain.

3. Menggunakan Fry Pan dari Chefology Nature Series, masukkan 2 sudu besar butter.

4. Selepas butter mencair, masukkan cili api, cili merah dan daun kari

5. Selepas naik bau, masukkan susu cair. Kacau sehingga pekat.

6. Kemudian, masukkan garam, black pepper dan ayam yang sudah digoreng tadi

7. Biarkan seketika.

8. Siap untuk dihidang

Resepi Cepat dan Mudah Seafood Aglio Olio

$
0
0
Kali ni Aten nak share resepi senang giler dan mudah giler yang husband Aten ajar untuk masak. Punya la senang, sekali je dia ajar Aten dah boleh masak sendiri tanpa bantuan dia. Hehehe. Rupanya nak masak western food ni sebenarnya senang dan yang paling penting cepat. Cepat masak cepat makan ye dak? Macam biasa Aten guna fry pan kegemaran Aten iaitu Chefology Nature Series. Tak melekat langsung. Iloikeee! 

Resepi Seafood Aglio Olio :

Bahan-bahan :
Pasta
Olive oil
Bawang putih
Udang
Sotong
Thymes
Chilli flakes
McCormick Oregano Grinder
McCormick Sea Salt Grinder
McCormick Black Peppercorn Grinder

Cara masak Seafood Aglio Olio :

1. Panaskan Fry Pan dari Chefology Nature Series dan masukan olive oil

2. Dalam periuk lain, masukkan air dah rebus pasta sehingga masak dan toskan

3. Goreng bawang putih sehingga naik bau dan masukkan sotong dan udang yang telah dibersihkan

4. Sotong dan udang yang dimasak letakkan di pinggan lain dulu

5. Dengan menggunakan Fry Pan yang sama, masukkan olive oil dan pasta

6. Kemudian, masukkan thymes, oregano, chilli flakes, salt, pepper

7. Masukkan pula udang dan sotong yang telah dimasak tadi

8. Gaul sehingga sebati dan siap untuk dimakan!

Shopee Meraikan Ulangtahun dengan Pelbagai Promosi Atas Lebih 6 Juta Produk

$
0
0
Happy Birthday Shopee!
Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan meraikan ulangtahun dengan pelbagai promosi atas lebih 6 juta produk. Merupakan sebahagian daripada sambutan tersebut, Shopee akan menganjurkan jualan murah sempena hari lahir dari 1 hingga 14 Disember. Dengan aktiviti pra-pemasaran termasuk iklan televisyen pertama Shopee Malaysia, papan tanda digital dan iklan kereta api jenis ‘wrap’ yang menelan belanja lebih RM30 juta, Shopee Malaysia berharap supaya rakyat Malaysia dari pelusuk negara akan menyertai sambutan mega sempena hari lahir ini.
“Perjalanan merupakan satu pengalaman yang mengujakan buat Shopee sejak pertama kali dilancarkan. Kami amat berterima kasih kepada pengguna kami, pembeli dan usahawan yang telah menunjukkan sokongan berterusan terhadap Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Berikutan kejayaan Jualan Murah Super Shopee 11.11 yang merekodkan jumlah tempahan 2.5 juta dan jualan kira-kira 7 juta produk, kami bawakan pula jualan murah sempena hari lahir yang membariskan pelbagai promosi dan tawaran menarik yang menjanjikan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang lebih menyeronokkan dan mengujakan”.

Promosi Hari Lahir Untuk Semua
Dari 1 hingga 12 Disember, pelanggan pasti ternanti-nanti akan jualan kilat Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari, Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan pelbagai lagi promosi yang mengujakan.

Rakan rasmi termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX, and Photobook akan menyertai sambutan tersebut dengan promosi eksklusif tersendiri untuk pengguna Shopee. Promosi kemuncak termasuklah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite.

Pelbagai hadiah menarik juga menanti termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Pengguna hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Media Sosial

Untuk merancakkan lagi jualan sempena Ulangtahun Shopee, Shopee akan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember. Pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing. Selain itu, Shopee turut menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017. Pengguna boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee di Instagram mereka dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.
“2017 merupakan tahun yang hebat bagi Shopee. Kami akan terus menumpukan perhatian untuk melaksanakan inovasi atas platform kami dan mempelbagaikan rangkaian produk kami pada masa akan datang. Kami akan terus komited untuk membantu jenama dan usahawan tempatan untuk berkembang dan terus berusaha untuk merentas sempadan eDagang untuk menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah dalam talian yang terkemuka di rantau ini,” kata Ho, mengakhiri kenyataannya.

Raikan Ulangtahun Shopee yang ke-2 bersama kami. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/birthday. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Nikmati Keenakan Kerepek Mission Multigrain serta Jagung dan Beras Tanpa Rasa Ragu-Ragu!

$
0
0
Mission Foods yang dikenali ramai sebagai antara jenama snek sihat kini menampilkan kerepek dengan dua perisa baharu - multigrain serta jagung dan beras.

Diperbuat 100 peratus daripada jagung, kedua-dua perisa baharu ini mengandungi 30 peratus kurang minyak daripada kerepek kentang, tiada bahan pewarna, perasa tambahan atau pengawet dan kerepek Mission pastinya memberi anda kelebihan untuk menikmatinya lebih daripada satu paket.

Dengan meningkatnya minat masyarakat hari ini dalam semua perkara yang melibatkan kesihatan seperti pengambilan makanan yang betul, makan secara positif, dan makanan yang berkhasiat, hari ini orang ramai dilihat mencari makanan yang diperkaya dengan bahan-bahan nutrien seperti oat, kacang soya dan bijan hitam yang semakin popular.

Serat, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral adalah kata kunci bagi mereka yang ingin menikmati makanan ringan.
Di sinilah kerepek Mission multigrain serta jagung dan beras memainkan peranan - kerepek Mission multigrain diperbuat daripada jagung yang diperkaya dengan khasiat seperti oat, kacang soya, bijan putih dan hitam, serta biji rami yang memberikannya rasa kacang yang tersendiri dan teksturnya yang kasar menjadikannya makanan ringan ideal dengan gaya yang sendiri dan juga kesihatan yang seimbang.
  • Oat yang sememangnya mengandungi banyak manfaat kesihatan turut membantu mengawal tahap gula dalam darah dan untuk membuang toksin di dalam badan. Oat juga dapat meningkatkan penghadaman dan merupakan sumber protein yang baik.

  • Kacang soya yang membantu memberi tenaga dalam badan dan jantung turut memperbaiki pencernaan dan kesihatan tulang, dan turut meningkatkan fungsi metabolik.

  • Bijan hitam dan putih yang menambah rasa kacang pada kerepek terbukti menggalakkan kesihatan, bersifat anti penuaan dan turut mengandungi lemak yang sihat seperti Omega-6 dan asid lemak.

  • Biji rami yang mengandungi asid amino dan Omega-3 juga dilihat dapat membantu meningkatkan kesihatan otak.

Bagi mereka yang mencari makanan ringan bebas gluten, anda bolehlah mencuba kerepek Mission jagung dan beras. Diperbuat daripada jagung yang dicampur bersama limau dan juga beras, ia memberikan rasa ringan dan anda boleh menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu.

Rasa kerepeknya yang ringan dan seimbang membolehkannya dinikmati dengan apa juga jenis pencicah sama ada yang pedas, berkrim atau pekat.
“Kepelbagaian kerepek tortilla kami menjadi kegemaran ramai dan kami ingin menggembirakan mereka dengan tambahan dua perisa terbaharu ini yang pastinya lazat dan sempurna untuk mereka yang ingin lebih sihat dengan menikmati makanan ringan. Perisa baharu ini turut diperkaya dengan khasiat serta nutrien dan pastinya setiap gigitan anda akan menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu,” kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Tenggara.

Kedua-dua kerepek Mission multigrain serta jagung dan beras ini juga boleh dinikmati bersama sos pencicah buatan sendiri atau dibeli di kedai untuk dikongsi bersama ahli keluarga semasa musim perayaan atau apa juga majlis keraian.

Mission Food juga akan mengedarkan sampel percuma di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian. Selain itu untuk promosi musim perayaan, dengan setiap pembelian dua paket kerepek perisa terbaharu ini anda akan mendapat bekas ketuhar gelombang mikro secara percuma. Lebih banyak sebab untuk anda mencuba kerepek Mission!

Selain kerepek multigrain serta jagung dan beras, perisa-perisa lain yang boleh dapati ialah asli, keju, tomato, bbq, mentega dan bawang putih, serta pedas dan berempah.

Boleh didapati dalam dua bungkusan bersaiz 
65g : RM2.99
170g : RM6.99

Untuk maklumat lanjut mengenai kerepek Mission anda boleh layari laman sesawang www.missionfoods.com.my

Pengalaman Seronok Menonton Star Wars : The Last Jedi di Lightspeed Lounge, TGV

$
0
0
Para peminat Star Wars di seluruh negara pastinya akan teruja bahawa TGV Cinemas adalah satu destinasi terulung untuk menonton filem terbaru dalam saga Star Wars: The Last Jedi. Sebuah acara tayangan eksklusif filem Star Wars: The Last Jedi yang dinanti-nantikan ini telah diadakan pada 13 Disember bertempat di Sunway Velocity Mall, di mana para peminat berpeluang untuk menikmati
kehebatan ‘Lightspeed Lounge’ di TGV Cinemas. Acara yang eksklusif kepada para jemputan tersebut telah dihadiri oleh ahli MovieClub TGV Cinemas yang terpilih, rakan niaga, tetamu VIP, media dan selebiriti.
Sebuah pameran yang diinspirasikan oleh ‘Canto Bight’, tempat bersantai golongan berada dan masyhur sepertimana yang ditampilkan di dalam filem tersebut boleh dialami selama dua miniggu disini. Antara acara- acara lain yang telah dilangsungkan di majlis pelancaran tersebut adalah peragaan fesyen yang bertemakan Star Wars, persembahan string kuartet, rutin perlawananan lightsaber, pakaian beragam, permainan PlayStation VR, booth foto freeze-cam dan hidangan bufet gourmet yang lazat dari INDULGE, pengalaman pangung wayang mewah di TGV Cinemas.
Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati kehebatan Lightspeed Lounge TGV Cinemas disini sehingga 31 haribulan Disember, di mana makanan dan minuman turut akan dijual. Ahli-ahli MovieClub TGV Cinemas boleh mendapat diskaun untuk pembelian.

Jualan tiket awal untuk The Last Jedi telah bermula pada 17 November 2017 dan dengan setiap pembelian minima 4 tiket IMAX, penonton boleh menyertai peraduan untuk memenangi patung-patung Funko Pop Star Wars edisi terhad.
Teater TGV IMAX membawakan satu pengalaman menonton wayang yang hebat, dengan visual yang jelas, audio yang menggemparkan dan tempat duduk ala-stadium untuk mencipta satu pengembaraan dunia wayang yang imersif.
Ketua Operasi TGV Cinemas, En. Mohamad Kabir juga berkata, “The ‘exciting premiere of The Last Jedi will cap the launch of TGV Cinemas’ Home of the Heroes brand, which positions TGV Cinemas as the home of everyone’s favourite pop culture movie heroes, be it from Star Wars, DC or Marvel, all under one roof”

Pastikan anda menonton Star Wars: The Last Jedi di TGV Cinemas berhampiran anda. Layari www.tgv.com.my atau hubungi 03 26615368 untuk maklumat lanjut.

Ceritera Hamil : Kisah Berdebar First Trimester

$
0
0
Sedar tak sedar dah hampir 5 bulan Aten pregnant. Aten percaya masing-masing mempunyai kisah yang berlainan di sepanjang perjalanan tempoh mengandung korang. Betul tak?

Aten pun ada cerita tersendiri dalam first trimester mengandung Aten. Cerita yang buat Aten berdebar-debar, risau dan jgk kelakar. Bila ingat balik sengih2 je sorang2. Hahaha
Kantung kosong! T.T 
Aten ingat lagi time ni merupakan visit yang kedua Aten di MyFamily Klinik Ampang selepas Aten dapat tau Aten pregnant. Doktor kata minggu ke-7 dah boleh nampak embryo dalam kantung baby kat atas tu tapi bila scan haritu kantung kosong. Perasaan Aten? Tipu lah tak sedih. Tapi Aten positif mungkin terlalu awal Aten scan. Lain orang mungkin lain perkembangan baby.

2 hari kemudian, doktor dari MyFamily Klinik Ampang suruh datang untuk buat test hormon. Nak check pertambahan level BHCG (Beta Human Chorionic GonadotropinAten. Dalam masa 2 hari, level BHCG Aten mesti bertambah dua kali ganda. 

Urat tangan halus sangat!
Hari Aten kena ambik darah untuk buat hormon test tu ada pulak dugaan lain. Doktor cari urat Aten untuk cari jarum tak jumpa. Hahaha. Macam kelakar lah jgk. Tapi doktor kata Aten ni kecik orangnya so urat pun malu-malu nak keluar. Sampai kena tutup lampu bilik doktor guna pen lampu nak tau kedudukan urat Aten. Hahaha. Tapi disebabkan haritu denggi 2 tahun hari2 kena cucuk selama 8 hari so ambik darah ni nothing la bagi Aten. Hahaha. 3 kali jgk kena cucuk baru berjaya ambik darah. Hahaha.
Alhamdulillahhh selepas seminggu buat hormon test, doktor suruh datang balik scan baby dan dah nampak embryo dan juga yolk sac. Time tu rasa syukur gilaaaaa. Semua lah ada bila dapat tengok ni :')

Alahan? 
Alahan Aten tak teruk sangat. Cuma tak tahan bau bahan mentah macam ikan ayam apa semua tu. Belum lagi time nak menggoreng. Perghhhh rasa nak mual nak muntah tu membuak-buak.

Memandangkan ni merupakan pengalaman pertama mengandung Aten, Aten mengambil keputusan untuk tak aktif bergerak atau banyak bergerak sebab takut rahim Aten tak kuat dan boleh menyebabkan keguguran. Sukan berlari, zumba, berjoget semua Aten tolak tepi. Hanya light walk je doktor bagi. Tangga pun tak naik dah. Punya berjaga-jaga. Alhamdulillah Aten berjaya mengharungi first trimester dengan jayanya. Korang doakan Aten tau :') :*

Cara Mudah untuk Sihat dan Kurus dengan Kopi Hijau Alana

$
0
0
"Gundah Gelana Tanpa Alana"
Aten sure mesti ramai yang pernah dengar tagline ni bila naik kereta dan akan keluar iklan di corong-corong radio. Betul tak? Impossible lah kalau korang tak pernah dengar sebab kebanyakan dari kita kalau nak pergi mana-mana mesti naik kereta, ye dak? 
Kali ni Aten nak share dengan korang apa yang menariknya dengan Kopi Hijau Alana ni. Apa yang mengejutkan Aten mengenai Kopi Hijau Alana ni ialah lebih 400,000 unit Kopi Hijau Alana terjual sehingga harini. Wehh gila hebat penangan Kopi Hijau Alana ni! Baru-baru ni dorang ada keluarkan packaging baru yang lebih cantik dan eksklusif. Sejuk mata memandang gituew. Hehehe. Yang paling penting, telah memanfaatkan ramai pengguna dengan khasiatnya.
Rasa kopi Hijau Alana ni berbeza dengan kopi yang lain kerana menggunakan kopi hijau yang belum dipanggang yang membuatkan ianya rasa berlemak dan enak. Kopi Hijau Alana mempunyai bahan-bahan yang elok untuk tubuh badan kita seperti kopi hijau, chia seed dan habbatus sauda. 
  • Kopi hijau - Fungsi utama dalam pelangsingan adalah meningkatkan sirkulasi darah dan proses metabolism dalam tempoh yang sangat singkat. Oleh itu, ia mampu untuk mencapai kesan pembakaran lemak dengan cepat.
  • Chia Seed - Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat).
  • Habbatus Sauda - Membantu melancarkan buang angin, ini kerana kandungan senyawa di dalam habbatus sauda dapat bersifat karminatif.
Kebaikan Kopi Hijau Alana :
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak yang berlebihan dengan cepat
  • Badan menjadi lebih segar, cergas bertenaga
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Boleh mengenyangkan, mengawal selera makan
  • Tinggi antioksidan untuk awet muda
  • Buang toksin dalam badan
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Sesuai untuk lelaki & wanita
  •  Feedback 1 minggu turun 2kg
To be honest, Aten tak berapa suka sangat minum kopi. So, Aten tak berapa tahu sangat mengenai rasa kopi ni. Tapi husband Aten coffee lover, semua jenis kopi dia dah minum lagi-lagi kopi hijau. So, bila Aten jamu dia Kopi Hijau Alana,  terus dia cakap 'Sedapnya kopi ni bb, lain dari yang lain!' Berbunga-bunga hati dengar Feeq puji minuman yang Aten buat walaupun hanya tuang air panas je. Hehehe. Dia cakap bila minum kopi ni takde rasa lapar sangat. Memandangkan dia seorang photographer, dia memang jenis tido lewat. So, bila dia amalkan minum Kopi Hijau Alana ni, rasa letih dia tak teruk macam dulu. Seronok bila dia tengok aktif bekerja takde rasa lemau-lemau. Terima kasih Kopi Hijau Alana! *.*
Cara penyediaan Kopi Hijau Alana :
  1. Bancuh 1 sachet ke dalam cawan
  2. Tuangkan air panas dan kacau
  3. Sedia diminum
  4. Minum pagi sebelum sarapan

Harga sekotak - 15 sachet (setiap sachet 20gm)
RM42.90 (semenanjung) 
RM52.90 (Sabah Sarawak)

Jangan lupa dapatkan Kopi Hijau Alana di semua pengedar sah seluruh Malaysia. Aten gerenti korang takkan menyesal punya! :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Kopi Hijau Alana, klik:
Facebook | Website 

Miliki Kulit yang Kekal Sihat dengan Nutox Renewing Treatment

$
0
0
Tanyalah mana-mana wanita akan matlamat utama mereka untuk kulit. Jawapan mereka sudah pasti kulit yang cantik berseri dan sentiasa nampak muda. Betul tak? Korang pun mesti macam tu kan?

Kajian pengguan mendapati wanita Malaysia mahukan kulit yang kelihatan cantik secara semulajadi yang boleh ditakrifkan sebagai kulit tampil berseri dan segar, dan fenomena ini bukan sahaja di Malaysia! Malah Korean hingga ke Jepun mahupun negara China. wanita Asia sentiasa mencari kaedah untuk mendapatkan seri wajah semulajadi tanpa menggunakan produk makeup.

Apabila umur kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk memperbaharui kulit secara semulajadi. Oleh itu, kita perlu membantu kulit untuk memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan.

Kini kita semua boleh memilik dan mengagumi kulit kita dengan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox

Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment menampilkan teknologi proprietari yang dikenal sebagai LumiNes, menggabungkan dua ramuan utama - Lumiskin dan Actistem Gold Nest - untuk hasil yang kelihatan berseri dari dalam yang diingini oleh wanita. LumiNes mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit lebih berseri secara semula jadi apabila digunakan secara kerap.

Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk : Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream

Nutox Renewing Treatment Lotion (150ml. RM59.90)
Berikan tenaga baru kepada kulit anda dengan losyen yang lembut tetapi penuh dengan kebaikan ini direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream sepenuhnya. Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Losyen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit.
Penggunaan Nutox Renewing Treatment Lotion : Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan leher.

Nutox Renewing Treatment Essence (30ml, RM75.90)
Serlahkan keserian semulajadi kulit anda dengan esen lembut yang dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes miliki Nutox. Esen yang melembap jauh ke dalam kulit ini membantu melindungi kulit dari kekusaman kulit akibat kerosakan UV dan pencemaran, selain mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan.
Penggunaan Nutox Renewing Treatment Essence : Pamkan sebanyak 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher menggunakan pergerakan arah ke atas.

Nutox Renewing Treatment Cream (30ml, RM49.90)
Manjakan kulit anda hari ini agar anda kekal cantik untuk hari-hari yang akan datang. Dirumuskan dengan LumiNes, Renewing Treatment Cream menyediakan kebaikan jauh ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan semulajadi.
Penggunaan Nutox Renewing Treatment Cream : Urutkan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya.
Jom cuba dan cantik macam Fazura! :D

Dressing Paula Lancarkan Kedai Utama Pertama di Pavilion, KL

$
0
0
Dressing Paula, sebuah label fesyen terkemuka tempatan yang memenuhi segenap cita rasa gaya wanita Malaysia sejak tahun 2010, melancarkan kedai utama pertama mereka di Pavilion Kuala Lumpur (KL) . Dengan rekaan dalaman yang sofistikated dan moden, kedai utama tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman beli belah pelanggan sementara memberi kepuasan gaya kepada wanita bandar zaman ini.

Sebagai perintis label fesyen tempatan, Dressing Paula telah memperluaskan kehadirannya menerusi pembukaan 14 buah butik di seluruh negara dan memperkenalkan kedai utama mereka di Pavilion. Dipacu oleh semangat untuk menghasilkan gaya yang anggun, Dressing Paula telah meraih reputasi untuk menghasilkan pakaian berpotongan signature dengan kelainan bagi wanita yang mencari penampilan kontemporari tetapi masih praktikal pada harga yang mampu milik.
Bersempena pelancaran butik terbaru label fesyen berkenaan, Pengasas Bersama Lean in Malaysia, Sarah Chen, telah mengendalikan sebuah dialog menarik dengan Pengarah Kreatif Jenama Dressing Paula, Kay Chow; pelakon Sarah Lian dan usahawan Raeesa Sya tentang bagaimana wanita boleh mendidik dan membantu satu sama lain dalam dunia hari ini.

Dipaparkan bersama konsep baru dan pameran fotografi berkenaan ialah koleksi terbaru Dressing Paula yang menampilkan rekaan-rekaan moden, fabrik halus dan warna-warna berani - kesemuanya berpadanan dengan potongan klasik. Koleksi yang dipilih rapi itu merangkumi rekaan bergaya chic dan siluet sehingga yang berani, seterusnya menjadikannya sesuai digayakan dari pagi ke malam dan bersesuaian dengan kebanyakan wanita.

Kedai utama baru Dressing Paula meliputi keluasan ruang lebih 1,700 kaki persegi dengan rekaan dalaman yang ringkas dan bersih seiring dengan arah baru jenama tersebut yang berhasrat untuk meningkatkan pengalaman membeli belah pelanggan. Harga bagi koleksi Dressing Paula bermula dari RM89.90. Pelanggan bileh mendapatkan rangkaian tersebut di mana-mana 14 butiknya di seluruh negara.
Dressing Paula Pavilion
Pavilion KL
Lot 05-14, Aras 5
Operation hour : 10am-10pm (Isnin-Ahad)

Fakta Menarik Tentang Ibu Mengandung

$
0
0
Korang tau tak bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi   ibu hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang berfungsi semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?
Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan, yang disebabkan oleh  peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil1. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh  peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar2.

Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminitwalaupun semasa berehat2. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan3. Kadar pernafasan ibu juga turut meningkat.
Bayi dalam kandungan membesar pada kadar yang sangat pantas. Pada minggu keempat, anak yang sedang membesar  daripada sekelompok sel kepada  embrio sebesar benih kaskas – di mana ia adalah 10,000 kali lebih besar daripada saiz pada waktu mula-mula hamil (konsepsi)4. Pada masa yang sama, 3 bahagian otak utama akan terbentuk5.
Pada minggu ke-6 hingga ke-7, jantungnya sudah mula berdegup dengan kadar denyutan yang tetap6, dua kali lebih pantas  berbanding orang dewasa7. Bukan itu sahaja, deria sentuhannya sudah mula terbentuk  pada minggu ke-lapan8.

Pada minggu ke-10, wajah anak mula menjadi lebih ketara6 dan mempunyai ekspresi muka yang berlainan dan mungkin tersenyum pada minggu9 yang berikutnya.  Pada minggu 26, corak cap jari anak yang unik akan terbentuk6. Kira-kira pada bulan ke-4 hingga bulan ke-5, si manja dalam kandungan sudah berupaya  mengepam lebih daripada 28 liter darah sehari9

Rujukan

* Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaia makanan antarabangsa. Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis. Under Australia New Zealand Food Standard Code-Standard 1.1.2, Glucose Syrup, Maltodextrin and similar products are defined as ’sugars. Menuju kepada Anmum Materna biasa.
^Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, 1997.

1.       1.  IOM. (2009). Weight gain during pregnancy.
2.       2. Brown HL. (2017). Physical changes during pregnancy. Retrieved from: http://www.merckmanuals.com/home/women-s-health-issues/normal-pregnancy/physical-changes-during-pregnancy 
3.      3.  Harding M. (2016). Physiological changes in pregnancy. Patient. Retrieved from: https://patient.info/doctor/physiological-changes-in-pregnancy 
4.       4. Sutter Health CPMC. (2014). Fetal development. Retrieved from: http://www.cpmc.org/services/pregnancy/information/fetal_development.html
5.      5.  Hill, M.A. (2017). Embryology. Timeline human development. Retrieved from: https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Timeline_human_development
6.     6   MedlinePlus. (2015). Fetal development. Retrieved from: https://medlineplus.gov/ency/article/002398.htm
7.     7   Steinburg et al. (2013). What is the “normal” fetal heart rate? PeerJ 1:e82; DOI 10.7717/peerj.82
8.      8  Neuroscience for Kids. (2015). Brain development. Retrieved from: https://faculty.washington.edu/chudler/dev.html
9.    9    Society for the Protection of Unborn Children (SPUC). (2014). Pregnancy explained – complete guide to the development of your unborn child.

Anmum Materna Jenama Pertama Memperkenalkan Rumusan Tanpa Gula Tambahan*, Rendah Lemak dan Probiotik DR10™

$
0
0
Tahukah anda bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi   ibu hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang berfungsi semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?

Menyedari bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang  dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan yang begitu mengagumkan semasa kehamilan ini.

Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan  nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari; dan Probiotik DR10™, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik. .

Penyerapan nutrien yang baik penting untuk wanita hamil untuk menyokong perubahan yang mengagumkan yang dialami oleh si manja dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita hamil untuk mempunyai persekitaran usus yang sihat bagi membantu penyerapan nutrien yang baik. ,Cheah menjelaskan.

Cheah menambah bahawa berat badan yang berlebihan sewaktu hamil juga merupakan salah satu kebimbangan di kalangan ramai wanita hamil. Berat badan berlebihan juga merupakan  salah satu faktor risiko bagi Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Justeru itu, ramai wanita hamil akan menjaga pemakanan mereka, terutamanya dalam segi pengambilan gula. Anmum Materna baharu dirumus tanpa gula tambahan*, rendah lemak dan antara jenama susu pra-natal yang mempunyai kalori terendah dalam setiap hidangan.

Sebagai peneraju pasaran dalam segmen susu pra-natal, Anmum Materna bangga menjadi jenama pertama yang melancarkan rumusan Tanpa Gula Tambahan* (untuk perisa biasa) dan Rendah Lemak serta manfaat tambahan dengan 100%^ kandungan Folat dan Kalsium serta Probiotik DR10™dalam menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin,tambahnya lagi. 
Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada.
Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.

Saya rasa gementar ketika hamil. . Saya mahu memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si manja dalam kandungan dan juga diri saya. Ada kalanya sukar untuk mendapat hidangan yang berkhasiat disebabkan jadual kerja yang sibuk. Sebagai selebriti, saya perlu mengekalkan imej badan dan kesihatan fizikal yang baik.

“Dengan adanya rumusan baharu, saya cuma perlu menambah dua gelas Anmum Materna dalam pemakanan harian saya, untuk saya mendapat nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran bayi saya! Susu ini juga enak rasanya. Saya juga suka dengan rumusan Tanpa Gula Tambahan + Rendah Lemak ini membolehkan saya menjaga dan mengawal pengambilan tahap gula dengan senang supaya penampilan saya sebagai seorang ibu tetap menarik!kata Jihan sambil ketawa.

Ng Kar Yoon, seorang hos radio serta selebriti, juga merupakan peminat pek stik serba-mudah Anmum Materna.

Kehamilan tidak menghalang saya untuk kekal aktif Saya masih sibuk dengan jadual harian saya serta masih aktif dalam perjalanan. Saya cuma pastikan saya sentiasa ada sekurang-kurangnya dua pek stik Anmum Materna dan satu bekas berisi air di dalam beg tangan untuk memperoleh nutrien yang penting di mana-mana dan pada bila-bila masa supaya si manja saya turut membesar ketika ibunya sedang sibuk bekerja!   
Anmum Materna boleh didapati dalam pek serba mudah yang mengandungi tujuh stik pek bersaiz 36g (perisa biasa) dan 42g (perisa coklat). Setiap pek dijual pada harga RM19.90. Selain daripada pembungkusan stik pek baharu tersebut, jenama ini juga boleh didapati dalam format kotak dalam perisa  biasa dan coklat, saiz 650g pada harga RM42.00.

Dapatkan Anmum Materna baharu dengan formula yang dipertingkatkan di Lazada sekarang dengan diskaun 15% (gunakan kod N15MUM) yang ditambah atas diskaun yang sedia ada. Promosi berakhir 31 Januari 2018.

Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka  di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my.

Nilai Kini Lebih Seronok Dilawati dan Didiami

$
0
0
Apa perkara pertama terlintas kat fikiran korang bila Aten cakap Nilai?
Perkara pertama terlintas kat fikiran Aten ialah Nilai ni tempat membeli belah ibu-ibu. Nilai kan terkenal dengan peralatan hiasan dalaman rumah. Macam langsir dan karpet. Dulu masa kecik-kecik, Aten paling tak suka bila ikut Mama pergi Nilai sebab panas dan lama. Yela, banyak kedai pelbagai pilihan rambang mata rasa macam nak masuk semua kedai dan dapatkan tawaran yang hebat dan jimat. Betul tak? Hehehe
Mesamall | Nilai No 1 Lifestyle Mall 
Korang tahu mengenai Mesamall? Kompleks membeli belah yang mengikut gaya hidup terkini di Nilai. Aten pun baru je tahu pasal Mesamall ni. First impression Aten ialah 'WOW' . Nak tau kenapa Aten cakap WOW? Tengok bawah ni,
MesaMall Lifestyle Mall adalah hab gaya bandar pertama yang terletak di tengah-tengah Nilai. Apa yang menarik perhatian Aten ialah reka bentuk Mesamall yang bercirikan futuristik dan sangat berbeza dengan bangunan lain di Nilai.

Mesamall dimiliki dan dikendalikan oleh Green Target Group, merupakan pusat membeli-belah sama seperti yang terdapat di bandar-bandar , dengan pavilion 2 tingkat yang terdiri daripada fesyen, teknologi, kesihatan dan kecantikan, restoran dan hiburan.

Kedai-kedai yang ditawarkan di MesaMall sangat menarik dan sesuai dengan gaya hidup terkini dan mengikut trend semasa yang sesuai untuk semua orang. MesaMall mempunyai zon hiburan yang mengagumkan dengan pawagam digital multi-skrin pertama, karaoke dan bowling. Tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan. 
Semalam Aten berpeluang untuk menyaksikan majlis menandatangani antara Green Target Group memeterai perjanjian Bersama dengan Best Western. Kepada mereka yang mahukan ketenangan dan jauh dari kesibukan bandar, korang dah boleh merancang untuk tinggal di Nilai kerana Best Western MesaHotel dan Mesahill Premier bakal di buka di Mesahill, Nilai! 
Green Target Group dan Best Western Hotels & Resort telah mengumumkan secara rasmi kerjasama dan menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak bagi pembinaan Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier yang bakal dibangunkan di Mesahill Nilai, Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. 
Dua menara Mesahill Premier, pembangunan yang berterusan sepenuhnya yang mempunyai semua yang kita perlukan untuk hidup, bekerja dan bermain. Mesahill Premier bakal dibina mengandungi unit-unit kediaman premium yang dilengkapi jambatan penghubung dengan kompleks membeli belah MesaMall. 

Mesahill Premier ini dilengkapi dengan : 
  • Rooftop Skylounge & SkyWalk Offering 360 degree bird eye view
  • State-of-the-art Elevated Gym over a crystalline pool
  • 30m long infinity pool
  • Poolside resting gazebo & BBQ area
  • Beautifully manicures landscaping
  • Direct link bridge to MesaMall & Mesa Hotel with private card access features

Mesahill Premier ni boleh dikatakan strategik kerana :
  • 15KM dari KLIA / KLIA2, Sepang International F1 Circuit, Mitsui Outlet Park, Putrajaya dan Cyberjaya
  • 10KM dari Nilai 3 Industrial Park, TechPark @ Bandar Enstek, Xiamen University dan ADMAL Aviation College
  • 5KM dari Manipal College, Nilai University, USIM, INTI University
  • 25KM dari Kuala Lumpur
Best Western MesaHotel dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 ini dilengkapi dengan 206 buah bilik, dewan banquet dan bilik seminar. Ianya menampilkan ciri-ciri bangunan terkini dan turut dilengkapi Rooftop Sky Lounge dan Sky Walk.
Projek ini memberi peluang kepada Mesahill untuk menyokong perkembangan pelbagai industri yang giat membangun seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, institusi pendidikan serta perdagangan tempatan seterusnya memberi impak yang cukup besar kepada sosio ekonomi Nilai dan kawasan sekitarnya. Selain itu, projek ini membolehkan pembangunan berterusan dan mewujudkan pelbagai manfaat kepada para pelabur dan memenuhi keperluan penduduk di Nilai.
"Kami mengukuhkan jenama syarikat dengan meneruskan pembangunan MesaHill seperti dirancang. Menerusinya, kami berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran perbandaran sekitar Nilai, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Green Target Group, Datuk Tan Hong Lai. Ini selaras dengan visi beliau yang bercita-cita menghidupkan landskap daerah Nilai secara menyeluruh sekaligus meningkatkan industri pelancongan di kawasan sekitar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mesahill Premier dan Best Western MesaHotel, klik :

Review Street Churros @ Sogo, KL

$
0
0
"OMG sedap rupanya makan churros dekat Street Churros ni!"
Haaa, ni merupakan first impression Aten bila pertama kali mencuba Street Churros semalam dekat Sogo, KL. Sebelum ni bila kawan-kawan ajak tak teringin pun nak rasa. Taktau nak kenapa. Tapi semalam tergerak hati nak pergi cuba makan Street Churros. Mengidam katanya. #LittleFF dalam perut pun nak merasa jugak. Jadi, Aten pergi lah. Hehehe
Street Churros adalah rangkaian kafe churros terbesar di dunia bermula di Korea Selatan di mana mereka gila tentang makanan jalanan. Churros, pastri doh yang digoreng dan rangup kini telah dinikmati di seluruh dunia sebagai snek ataupun pencuci mulut. Tapi bagi Aten, ianya sesuai dimakan tak kira masa walaupun dimana sahaja kita berada. Bayangkan dapat cicah churros dengan sos coklat, fuhhhh! sekejap je boleh habis kalau Aten makan. Hehehe.
Churros dari Street Churros dibuat dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi dari Korea. Segala-galanya di dalam menu adalah hand-crafted dan dibuat apabila menerima masuk order dari pelanggan untuk memastikan tekstur dan kesegaran dalam setiap gigitan. Apa yang menarik perhatian Aten ialah Churros dari Street Churros ni rangup diluar dan lembut didalam walaupun dah 1 jam tak makan. Suka suka suka! :D
Street Churros (Cinnamon, Chocolate, Cheese) 
RM5.90
+ Dipping (RM1.90)
(Chocolate, Blueberry, Butterscotch & Cream Cheese)
Filling Churros (Chocolate, Cream Cheese, Korean Strawberry) 
RM7.90
Stick Churros (Cinnamon, Chocolate, Cheese) 
RM9.90
+ Dipping (RM1.90)
(Chocolate, Blueberry, Butterscotch & Cream Cheese)
Stick Churros ni korang boleh pilih 2 flavour dalam 1 cawan. Takde la bosan makan perasa yang sama kan? Hehehe
Swiss Cheese Ice Cream Churros 
Plain without topping - RM7.90
+ topping (RM1.00)
(Chocolate Cheese, Blueberry Cheese, Butterscotch Cheese)

RM8.90
Churros Fries (Tomato, Seaweed, Sour Cream&Onion) 
RM7.90
Minuman di Street Churros terdiri daripada Coffee, Non-Coffee dan Shake Buah-Buahan yang sesuai diminum oleh semua peringkat umur. 
Senarai harga menu di Street Churros - apa yang Aten boleh katakan semua harga yang disediakan sangat berpatutan dengan kualiti yang dijaga.
Overall, Aten sangat berpuas hati dengan makanan dan minuman di Street Churros. Staff yang menjaga outlet di Sogo juga sangat peramah. Paling best, Aten dapat berpeluang untuk menyaksikan bagaimana dorang membuat churros tu. Kepada yang tak pernah datang ke Street Churros, meh Aten recommend dekat korang antara food yang korang boleh beli dan nikmati - Street Churros Cinnamon, Filling Churros Korean Strawberry, Churros Fries Sour Cream & Onion, Swiss Blueberry Cheese Ice Cream Churros dan air O'My Mango. Selamat mencuba! :D
GIVEAWAY ALERT !
Jom follow FB Aten di [SINI] dan Instagram Aten [SINI] dan join giveaway Street Churros Aten. Senang je nak dapatkan discount voucher ni. Good luck korang! :*

Street Churros Sogo KL
LG-L4, Kompleks Sogo,190 Jalan Tunku Abdul Rahman, City Centre 50100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-22028898
Facebook | Website | Instagram

Cawangan Street Churros yang lain : 

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-76810710

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel: 03-89592110

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resorts, 69000 Genting Highland, Pahang Darul Makmur

Tel: 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21106210

MyTOWN Shopping Centre
Lot no, B1-046, Basement 1,MyTOWN Shopping Centre, No. 6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Empire Shopping Gallery
Lot no, LK02A, Lower Ground Floor, Jalan SS 16/1, Ss 16, Empire Shopping Gallery, 47500 Subang Jaya Selangor
Tel : 03-56121055

Frisomum Gold Diperbaharui Baik untuk Ibu Mengandung

$
0
0

Haritu Aten berkesempatan untuk ke pelancaran Frisomum Gold dengan rumusan terbaru mereka. Seperti kita tahu, Frisomum Gold adalah 100% susu untuk Ibu dari Holland. Terkini, mereka memperkenalkan formulasi yang diperbaharui dengan DualCare untuk menyokong pengambilan nutrisi ibu dan si kecil dengan lebih baik
Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) berkata syarikat tersebut terus meningkatkan resipi produknya dan mencipta penawaran produk baru yang mmberikan nilai yag baik kepada pengguna sejajar dengan objektif korporat syarikat induknya iaitu 'Nourishing by Nature' - komited untuk menyediakan nutrisi yang lebih baik untuk pengguna-pengguna di seluruh dunia.
Frisomum Gold adalah sebahagian daripada keluarga Friso Gold, salah satu jenama susu tepung rumusan yang paling pesat berkembang di Asia dalam 3 tahun yang lalu. Jenama ini percaya bahawa sains perlu bergabung secara harmoni dengan alam semula jadi untuk memberi pengguna nutrisi semulajadi yang berkualiti. Prinsip ini diterapkan pada setiap langkah kerja mereka dalam memanfaatkan nutrien semulajadi.

Frisomum Gold baharu denga DualCare membekalkan ibu-ibu hamil dengan nutrien-nutrien penting supaya selesa waktu hamil. Nutrisi ini juga memastikan ibu-ibu kekal bertenaga sambil membantu menyokong kesihatan penghadaman dan memorinya.

Formulasi yang diperbaharui juga diuji secara klinikal terbukti rendah dalam Indeks Glycemic (GI), yang membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat. Ini adalah kerana makanan GI yang rendah boleh dihadam, diserap dan metabolisme dengan lebih perlahan. 

Frismomum Gold terbaru ni membekalkan nutrien-nutrien utama seperti asid folik dan iodin yang penting untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem otak dan saraf. Ia juga diperkayakan dengan nutrien lain seperti Vitamin B12, Vitamin D, DHA dan Kalsium
Frisomum Gold terbaru ini boleh didapati dalam perisa vanila madu, memberikan rasa yang ringan, menjadikannya snek yang lazat dan sihat yang hanya 150kcal apabila rasa lapar. Korang hanya perlu tambah 180ml air dengan 4 sudu tepung susu untuk memberikan nutrisi kepada ibu hamil yang diperlukan untuk mereka dan si kecil dalam kandungan.

Frisomum Gold dengan DualCare kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Maklumat lanjut tentang rumusan yang diperbaharui ini, boleh didapati di laman web www.frisogold.com.my

unifi Kini Tampil dengan Wajah Baru dan Tawaran yang Lebih Menarik!

$
0
0
Comel tak logo baru unifi ni? :D
unifi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) kini memperkenalkan wajah baru mereka lantas membuka era baru dalam sambungan ke arah mempercepatkan konvergens dan pemerkasaan digital. Bukan sahaja memperkenalkan wajah baru mereka tetapi penawarannya untuk kediaman, wifi, mudah alih dan TV. Ini adalah lanjutan daripada pengumuman penjenamaan semula unifi mobile (sebelum ini dikenali sebagai webe) pada November 2017, dan perkhidmatan TV dan penstriman video yang pernah memenangi anugerah, HyppTV kepada unifi TV pada 12 Januari 2018.
Pelancaran penampilan dan tawaran terbaru unifi telah disempurnakan oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, bersama-sama Imri Mokhtar, Nain Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
unifi home
unifi memperkenalkan 'The unifi Perfect Squad' atau lebih dikenali sebagai 'Skuad Sempurna unifi' #pasangsekarang (#installnow). Ini merupakan lanjutan daripada kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan mereka ke kawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port unigi sedia ada di seluruh negara. 'Skuad Sempurna unifi' diaktifkan bagi mendekati isi rumah untuk membolehkan kita semua menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan. Mereka akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baru untuk mengaktifkan perkhidmatan tersebut. Pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan.
unifi mobile
unifi mobile yang dahulunya dikenali sebagai webe telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan semenjak pelancaran pelan kuota tanpa had pada tahun 2016. Perkhidmatan digital sepenuhnya ini akan mencipta satu lagi catatan bagi industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi mobile #BEBAS - produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan. Bukan prabayar atau pasca bayar tetapi hibrid yang memberikan kebebasan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan tanpa sebarang kontrak dan komitmen. unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati, segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu mobile@unifi. 
unifi akan memberikan 1 juta kad sim 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Korang hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih unifi yang terdapat di Playstore atau Appstore. Setelah mendaftar, korang boleh dapatkan kad sim di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau memilih untuk dihantar ke rumah masing-masing dengan bayaran RM10.60
unifi TV
unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung yang pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumpah RM20,000 setiap hari. Ditayangkan bermula pada 15 Januari lalu, di HyppSensasi (Saluran 116), terbuka kepada semua pelanggan unifi TV. Korang hanya perlu menjawab 5 soalan menggunakan alat kawalan jauh unifi TV. Program ini dihoskan oleh 4 orang selebriti tanah air iaitu Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan.
Selain daripada penjenamaam semula unifi TV, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai unifi PlayTV. Kita semua boleh terus menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD sepenuhnya sama ada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan ini tanpa gangguan cuaca.

TM akan terus menawarkan kepada pelanggannya penawaran konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar - membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadau bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup ke arah menjadikan 'Hidup Lebih Mudah'

White Studio Rental by WS Studio Rental™ - Why us?!

$
0
0
White Studio Rental. Cheapest in Malaysia. We open 24/7 and our rental as low as RM50/hour including equipment. Our studio located in PJ and Cheras.

Our objectives are to help young photographers and filmmakers to grow their businesses and talents. Our business principles are not only about profit making but we believe in helping other people and we embedded it in our business principle.

We offer the affordable and most complete studio for rental as low as RM50/hour, including studio equipment without extra charges.

We also offer photography & video production based on client request.
Why WS Studio Rental (White Studio Rental)?

1) Cheapest :
Our studio rental is the cheapest in Malaysia. From as low as RM50/hour and no minimum hour of rental.

2) Location :
We are based in Kelana Jaya & Cheras Selatan. Strategic places for everyone.

3) 24 Hours :
We open 24 hours a day and 365 days a year. Our night rental rate is cheaper.

4) Equipment :
Our studio rental inclusive space, equipment and studio assistant.
Founded in 2012, WS Studio Rental™ offers 24 hours and most affordable studio rental with complete lighting equipment, large space and cozy set-up for your needs. Our philosophy is to provide the most affordable studio rental and to give each client a unique and memorable studio experience
Contact : 0166664034 (WhatsApp is available) | ask@WhiteStudio.my

Cheras Studio : B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.
Waze : C180 Cheras

PJ Studio : A-3-2, Blok A, Pusat Komersial Parklane, No.21, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor
Waze : Parklane Commercial Hub

www.WhiteStudio.my
#WsStudioRental #WhiteStudioRental #WhiteStudioMY #WhiteStudio
Viewing all 490 articles
Browse latest View live