Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

Rebut Peluang untuk Menang Wang Tunai dengan hanya Membeli Produk Nestle di PG Mall

$
0
0
Salam Ramadan ke 19 semua!
Cepat je kann dan 19 Ramadan. Rasa macam baru je berpuasa haritu. Macam mana puasa korang? Ok ke? Puasa kali ni Aten rasa ok gilaaaa sebab dah lama dok rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni dilancarkan, takde rasa penat bekerja masuk ofis dan berjalan sana-sini. Kerja pun dari rumah. Alhamdulillahh ada banyak masa untuk luangkan masa dengan Feeq dan Ammar. Siapa sangka hujung bulan ni Ammar dah 2 tahun. Dah 2 tahun Aten jadi mummy gais! Memula dulu macam tak confident. Tapi kalau tak cuba taktau kann. Dengan bantuan suami, parents dan kawan-kawan, semua dipermudahkan. Hehehehe
Tadaaaaaa! 
Ni merupakan benda wajib ada dalam fridge seorang Aten! Cereal koko krunch, cornflakes, susu kotak full cream nestle, milo kotak dan milo serbuk. Yepp thats truee! Produk Nestle merupakan salah satu brand yang sentiasa dekat dyngan hati Aten since Aten kecik. Ingat lagi time nak pergi sekolah pagi-pagi, mesti wajib minum 1 kotak susu full cream ataupun 1 milo kecik. Bila masuk ke kolej duduk rumah sewa pulak, wajib yerr beli kotak besar dan kotak kecik koko krunch. Kalau kotak besar tu Aten buat makan pagi-pagi sebelum pergi kelas. Kalau yang kotak kecik pulak Aten buat bekalan dalam kelas. Rindunya nak belajar balik! Korang pun tau kan pengambilan sarapan pagi sangat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Bila dah kawen ni, Aten berjaya hasut Feeq untuk minum susu full cream Nestle ni. Hahahhaha! Pelik tau orang yang tak suka minum susu ni, susu ni sedap gila weiii. Banyak khasiat pula tu. Bukan untuk budak kecik je, yang dewasa pun boleh minum tau.  Elok untuk kesihatan kita dan  ketahanan tulang dan gigi kita.  Susu boleh disamakan dengan dua keping sandwic ayam dan sesuai bagi menggantikan menu untuk sarapan. Nak lagi sedap, campur susu Nestle Full Cream sejuk dengan koko krunch. Fuhhh! Bertambah makan wehh. Bila dah ada anak ni, lagi la takde masa kan. Mana nak jaga anak, mana nak makan. The best solution semestinya makan cereal dari Nestle ni. Mudah dan mengenyangkan! Sekarang ni pun Aten dan Feeq sahur makan cereal Nestle dengan susu full cream. Kenyang sampai berbuka! 

Cuba korang share dekat ruangan komen bawah ni, apa yang korang dah buat sepanjang PKP ni? Mesti banyak gilaaaaaaaaaaa kan! Sama lah macam Aten. Apa benda yang viral je mesti cuba.
Dalgona Nescafe

Ni salah satunya! Hhahahhaha air dalgona viral. Husband Aten paling semangat nak cuba. Almaklumlah, dia jenis cepat terpengaruh dengan benda-benda baru ni. Kat rumah Aten takde pun nescafe serbuk. Bila air dalgona ni viral, susu dan serbuk nescafe ni terus beli online tau sebab takleh keluar PKP punya hal, kalau keluar pun jenuh beratur tunggu turn. Beli barang rumah online je mudah, jimat masa dan jimat duit sebab ada diskaun. Hehehe. Selalu Aten beli kat PG Mall je sebab laman web dia sangat straight forward dan user friendly.
Hari hari makan nasi pun jemu jugak. Lagi2 Aten. Bukan jenis yang selalu makan nasi. Nak jaga kesihatan diri. Hhehehe. Dapat berbuka dengan minum air milo sekotak kecik tu dengan koko krunch campur susu pun dah kenyang! 

Ni bila dah nak raya ni, mula pikir pasal kuih raya walaupun tak boleh raya sangat tahun ni. Kuih raya mesti ada jugak kan sebagai pelengkap raya. Dulu takpelah boleh keluar mencarik kuih raya. Tahun ni raya Aten plan nak buat kuih raya sendiri yang simple2 je. Contoh macam cornflakes madu, dan cornflakes coklat. Mudah sangat nak buat! Sedap pun sedap. Fav Aten dua ni. Sambil tengok TV pun boleh habis sebalang. Hahaha. 
PG Mall x Nestle Top Spender Campaign
PG Mall dan juga Nestle sekarang tengah ada campaign best gaiss! Korang hanya perlu untuk jadi top spender untuk barangan nestle seperti milo, koko krunch, cornflakes dan korang berpeluang untuk mendapat wang tunai dari PG Mall! Ya, mudah je. Lagi banyak korang beli produk Nestle di PG Mall, lagi besar peluang korang untuk dapatkan wang tunai. Ada pemenang mingguan (RM100 x 2 pemenang) dan juga pemenang bulanan (RM130 x 2 pemenang). Kalau korang bernasib baik, dapat dahh duit raya. Hehehe. Btw guys, kempen ni akan berakhir pada 4 June 2020 tau. Jangan lupa rebut peluang ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh layari sosial media dorang kat bawah ni okayyy :

Guardian Lancarkan Siri Thermal Eksklusif Tokidoki Edisi Terhad

$
0
0


Comel takkk beg ni? Comel kannnnn :D

Guardian Malaysia baru-baru ni melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki. Ini berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober 2019.

Tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Simone Legno.

Promosi ini dilancarkan dalam bulan Ramadan yang mulia ini kerana bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan untuk makan dan minum secara sihat. Seperti kata pepatah 'Kesihatan adalah kekayaan’, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, kita perlu memberi perhatian lebih kepada apa yang kita makan agar kita dapat menguatkan ketahanan diri untuk melawannya.
Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki terbaru ni, kita semua boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera masing-masing. Ini secara tidak langsung mengurangkan sisa bungkusan dan plastik daripada pembelian makanan harian kita.
Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam tau. Rekaannya yang hebat, warna yang ceria dan corak terkini pasti menarik hati para pengumpul barangan terutamanya golongan milenial macam Aten. Sekali tengok je terus jatuh cinta! *.*

Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml). Korang boleh dapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan ia akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan barangan korang.

Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki ni edisi terhad tau, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan sudah dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia. So guys kena cepat tau dapat bekas comel ni:D

Penaja-penaja utama promosi ini adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences, Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Thermal Eksklusif Tokidoki, klik :

MITEC Tawarkan Penghantaran & Bawa Pulang Menu Ramadan

$
0
0
Salam Ramadan semua!

Kejap je kan dah hujung Ramadan. Mesti korang dah buntu kan nak makan apa lagi hujung-hujung ni. Sama lah macam Aten. Nasib baik MITEC ada buat menu berbuka sempena Ramadan ni. Teringat pulak tahun lepas berbuka kat sana macam2 menu ada tapi tahun ni tak dapat lah ke sana sebab PKP punya pasal. Hukhuk
Disebabkan COVID-19 ni, MITEC telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan operasi perniagaan dorang yang kita pun tak expect!
Buat pertama kalinya, Venue Culinary Service dari MITEC menawarkan hidangan khas Ramadan yang tidak pernah ada pun sebelum ni. 
Korang boleh dapatkan pilihan menu korang di www.mitec.com.my/Ramadan-specials/ . MITEC kini tersedia untuk penghantaran dan dibawa oleh syarikat korporat atau individu sehingga 22 Mei 2020. 

Kita semua pun tahu MITEC merupakan satu organisasi yang dikenali. Jadi korang tak perlu risau tentang kebersihan atau cara penyediaan makanan dari mereka. Semua makanan disediakan di persekitaran paling selamat dan paling bersih sesuai dengan perakuan Halal dan ISO 22000: 2018 (sistem pengurusan keselamatan makanan). Selain itu, MITEC juga HACCP (Hazard Analysis dan
Titik Kawalan Kritikal) diperakui.
Dari dapur di MITEC, pasukan masakannya yang pernah memenangi anugerah citarasa Kampung menawarkan pilihan makanan pek dua harga dengan harga RM18 ++ dan RM38 ++ which is Aten rasa sangat berbaloi gila! Kalau kita masak sendiri mesti akan jadi costly kan. So, order je dengan MITEC Ramadan menu ni. Aten paling suka menu set A yang RM38 tu. Ayam masak merah dorang paling win! Ala senang citer memang semua sedap lah. Husband Aten pun suka nasi kerabu daging salai dorang. Portion pun banyak! Jangan risau, dorang pack the food properly tau. Takde tumpah2. Overall, Aten dan suami memang berpuas hati dengan Ramadan Menu dari MITEC ni.
Tak dilupakan jugak, dengan setiap pembelian akan disumbangkan kepada badan amal yang dicalonkan oleh MITEC. Sambil makan sambil beramal. 2 in 1 gitu :D

Untuk maklumat atau pesanan, hantarkan e-mel ke sales@mitec.com.my atau hubungi 
+603 6206 0100. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MITEC,

Jom Raya secara Sihat dengan Kismis California

$
0
0
Harini Aten nak share dengan korang satu artikel yang Aten baca oleh pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa. Sedar tak sedar lagi berapa hari je kita nak puasa kan. Cepat betul rasa puasa tahun ni tiba-tiba je dah nak raya. Tau tau je lah bila dah nak raya ni, terbayang segala jenis makanan raya. Rendang ayam, rendang daging, rendang tok, kuah lodeh, kuah kacang dan banyak lagi lah. Opss kuih raya pun berjenis-jenis. Bila kena raya dekat rumah sendiri je sejak PKP ni, memang kejap2 makan ye dak untuk hilangkan bosan. Hehehe.

Bila dah makan banyak, haaaa apa lagi kalau berat yang naik betul tak? Penat puasa berat turun tiba2 raya berat naik pulak. NO NO NO ye semuaa! Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang sihat.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis/bergula.

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur- sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.
Kalini pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa berkongsi tentang Kismis California. Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan. 

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikannya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Jom cuba resepi mudah dari pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa di bawah ni. Boleh jamu kepada tetamu yang hadir raya nanti!
Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad
Bahan-bahan Puding Roti
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Sos Kastard
Susu segar 400 ml
Air 50 ml
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti
1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
2) Tambah 3 biji telur
4) Masukkan mentega yang dicairkan
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
10) Taburkan Kismis California
11) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard
1) Tuangkan susu segar
2) Masukkan air
3) Tambah gula
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang
sihat dan berkhasiat.
Resepi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California
Sos Buah Mangga dan Kismis California
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
½ biji mangga pureed

Bahan Dadih
2 cawan air
10 g serbuk agar-agar
1 litre susu segar
3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih
1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
2. Masukkan susu segar dan gula
3. Apabila sudah mendidih tutup api
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Masukkan ke dalam peti ais

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Jadi, rancang pemakanan harian korang mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama korang. Oleh itu, korang harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenaifakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis
California, korang boleh lawati laman web 

Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat

8 Warna Rakyat Malaysia Musim Raya Ini

$
0
0
Musim perayaan adalah waktu yang tempat untuk kita mengubah rumah kita menjadikan ianya lebih cantik dan berpenampilan baru! Sama seperti citarasa masing-masing dalam muzik, pakaian, makanan dan semua yang ada di antara mereka, tidak ada satu cara untuk melakukannya kerana setiap orang mempunyai pilihan yang berbeza. Betul tak? Tak semua suka warna pink macam Aten kan. Hehehe.

Pernah tak korang terfikir, setiap design Raya yang kita hias mempunyai makna yang berbeza? Dalam artikel ini, Aten nak share dengan korang 8 keperibadian yang berbeza dan palet warna Raya terbaik yang merujuk kepada keperibadian unik ini! Yang harus korang lakukan ialah mencari sifat keperibadian yang bersesuai dengan korang :D
Personality Trait #1: The Harmony-Seeking One
Warm-hearted by nature! Raya bagi korang ialah memastikannya keluarga dapat berkumpul dalam suasana yang menarik tetapi menenangkan. Kombinasi warna biru dan hijau yang cerah di Turkish Tile ini berfungsi dengan harmoni yang sempurna sehingga semangat Raya dapat diperlihatkan di mana-mana tempat, meningkatkan kecanggihan dan estetika dengan mudah. Untuk mendapatkan penampilan dan nuansa elegan ruang anda, pasangkan naungan dengan warna-warna hangat yang lain!
Personality Trait #2: The “Good-Vibes” Only
Its all about being your authentic self and good vibes! Winter Moss shade adalah paling sesuai untuk korang. Warna warna ini akan menimbulkan perasaan positif, dan juga nasib baik kepada pemiliknya! Siapkan rumah Raya korang dengan rona hangat ini - Drama Red atau White Concrete yang sejuk untuk sentuhan mewah.
Personality Trait #3: The Minimalist
Clean lines, uncluttered and monochromatic! Bagi korang, less is simply more. Mengapa tidak memberi ruang anda nafas dan udara segar atau dengan Castle in the Air, nada biru dan ungu yang anggun? Ciptakan suasana yang selesa dan tenang di rumah atau pejabat korang untuk menikmati kebersamaan Raya ini dengan orang tersayang!
Personality Trait #4: The Romantic (Ooh-la-la!)
Adakah korang merasakan bahawa korang sering berhubungan dengan perasaan korang, perlu menyatakan kehebatan yang korang alami melalui seni atau aksi kreatif lain? Sekiranya ya, Nippon Paint ada warna yang sesuai untuk korang pada musim Raya ini! Neutral dan lembut, percayalah bahawa warna sunset hue di Plymouth Notch memancarkan aura optimis dan damai yang sangat sesuai untuk perhimpunan Raya keluarga!
Personality Trait #5: The Extrovert
Sekiranya korang adalah jenis orang yang suka bertemu orang baru dan merasa bertenaga dengan bersosial, maka kehangatan musim panas dari Golden Charmer sangat sesuai untuk korang pada musim Raya ini! Cergas dan meriah, shade Golden Charmer menyuntik rasa gembira dan puas dalam ruang sosial apa pun untuk mewujudkan perasaan gembira dan perayaan yang menonjol untuk perayaan. Untuk ruang yang moden dan bergaya, naungannya boleh dipasangkan bersama dengan seri cat bertekstur untuk unik dan penampilan segar!
Personality Trait #6: The Sensitive Soul
Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, sensitif sebenarnya adalah jenis kekuatan. Baik, intuitif dan empati - ini adalah jenis kekuatan yang mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia. Dalam semangat Raya, biarkan warna Pink Floss segar yang ceria mewarnai dinding kediaman korang dengan membawa daya tarikan dan tenaga muda ke ruang yang canggih di rumah!
Personality Trait #7: The Nature Lover
Adakah korang selalu tertarik pada alam semula jadi? Dan adakah pemikiran tentang unsur-unsur semula jadi mencetuskan rasa pengembaraan? Sekiranya ya, maka Aztec adalah pilihan warna Raya untuk korang! Tahun ini, mengapa tidak merayakan Raya dengan pilihan nada hangat yang bersahaja itu mengadun dengan baik dengan bahan semula jadi dan kemasan kayu? Dengan pengenalan dedaunan, nikmati kemewahan merasakan keindahan sifat ibu tepat di dalam kawasan kediaman.
Personality Trait #8: The Classic Chic
When it comes to designs, you tend to lean towards timeless pieces! Nikmati perayaan Raya kali ini dengan nada yang lebih ringan dengan warna Shitake berkrim yang diinspirasikan secara semula jadi untuk merasa keselesaan ketika mempunyai tetamu atau untuk berehat setelah seharian berkunjung. Untuk membuat suasana yang menyegarkan namun memberi tenaga pada ruang korang, padankan  warna shade green, muted browns, warm oranges dan beige!

Soal Jawab dengan Pereka Dalaman Ben Firdaus!
Perlukan lebih banyak nasihat mengenai reka bentuk dan hiasan rumah untuk musim Raya tahun ini? Jangan risau, Nippon Paint dengan kerjasama Pereka Dalaman Ben Firdaus ada untuk menjawab beberapa soalan korang! Jom baca bawah ni : 

1. Apakah simple hack yang boleh saya gunakan untuk mengisi ruang untuk kelihatan minimalis?
  • Salah satu cara termudah adalah dengan memberi ruang rumah korang dengan rupa yang berbeza dan juga menukar warna ruang yang korang nak tu.
  • Tapi, kalau korang kurang bajet, korang boleh pertimbangkan untuk mengecat hanya 1 feature wall, yang akan memberi impact kepada ruang rumah korang.
  • Cara lain untuk ehance ruang korang adalah dengan menggunakan semula dan menyusun semula perabot dan hiasan yang ada - ia cukup mudah dilakukan dan ini dapat langsung mewujudkan perbezaan. Kalau korang ada deco yang unik, boleh digunakan sebagai titik tumpuan di ruang yang korang mahukan!
2. Bagaimana saya nak mix and match kan corak dan warna untuk menjadikan ianya menarik?
  • Pertama, korang perlu membuat gambaran kasar mengenai reka bentuk yang korang nak, rujuk dari nternet atau majalah, di mana korang juga dapat belajar bagaimana nak mix dan match kan warna dan corak!
  • Kalau korang masih lagi taktau macam nak mana nak mix dan match kan, paling selamat korang gunakan kombinasi earthy colors.
  • Tapi, kalau korang lebih suka warna terang seperti oren, kuning dan merah, cubalah campurkan warna-warna ini dengan warna dari keluarga yang sama seperti amber, tangerine maroon, burgundy.
  • Sebagai alternatif, korang juga boleh memadankan warna-warna terang ini dengan warna asas seperti kelabu, hitam atau putih.
3. Bagaimana cat bertekstur berfungsi dan bagaimana saya boleh menggunakannya untuk mengubah dinding saya di rumah?
  • Cat bertekstur sebenarnya mempunyai kesan 3D khas yang memberikan dinding rumah nampak sangat baru berbanding ketika menggunakan cat biasa untuk dinding rumah. Dengan menggunakan cat bertekstur seperti Nippon Paint Momento® range of paint, korang oleh menggunakan teknik ini dengan mudah untuk merancang semula ruang di rumah, lagi-lagi bila dah nak raya ni kan.
  • Untuk mendorong batasan kreatif korang, korang juga boleh memasukkan rekaan korang sendiri di dinding menggunakan stensil, sebagai tambahan kepada penggunaan cat bertekstur!
4. Apakah barang keperluan rumah yang sesuai dijadikan prop Raya yang sempurna?
When it comes to being creative dalam menghias ruang di dalam rumah, kemungkinannya tidak terbatas! Apa yang terlintas kat fikiran korang, boleh je dijadikan prop. Antaranya ialah : 
  • Bakul buah lama sangat sesuai digunakan sebagai tempat menyimpan bekas kuih untuk para tetamu.
  • Papan pemotong juga boleh digunakan semula sebagai dulang sajian.
  • Daun pandan, serai kering dan kubis bunga juga boleh digunakan untuk menghias ruang di rumah! Untuk melakukan ini, letakkan di dalam bekas berisi air untuk mengekalkan kesegarannya. Barang-barang ini juga berperanan sebagai penyegar udara semula jadi!
So, lepas baca ni Q&A ni mesti sedikit sebanyak membantu kita semua mencari idea untuk mencantikkan rumah kita kan. Apa lagi jom cuba cantikkan rumah guys
! Hehehe
Jangan lupa follow Instagram Nippon Paint di https://www.instagram.com/nipponpaintmalaysia untuk kejutan menarik di musim Raya ini! Nantikan #RuangInspirasi!

Untuk dapatkan lebih banyak inspirasi untuk reka bentuk Raya korang tahun ini, jom tengok Palette Warna: Edisi Raya 2020 di sini, klik:


 #NipponPaintMY #PaintAllSurfaces #RuangInspirasi #RuangRaya #RuangBaru

Transformasi Wajah Video Cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi Perhatian di Indonesia

$
0
0
Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.

Bahkan penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini

Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang


Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.
Video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.

Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri. 

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.

“Jadi  sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua  sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.

Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.

“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan

“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.

MS SenaRos Kembalikan Keyakinan Rosma, dulu dicaci gemuk, Sekarang Dipuji

$
0
0
Jika mahu diselak kembali, berbakul bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya  jatuh terduduk.

Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.

Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan lain untuk jadi kebal.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.

“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya. 

“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.

“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.

“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya. 

“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang. 

“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.

Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya. 

Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.

“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.

“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.

“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa  jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.

Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri

“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.

“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri. 
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.

Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.

“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.

“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur

“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.

Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.

“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.

“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.

Ketika ini produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma

Wordless Wednesday | Type of Face Mask


Syiling Emas Upin dan Ipin Edisi Terhad - Kolaborasi Eksklusif antara HABIB & Upin Ipin sempena Merdeka

$
0
0
HABIB, pengeluar barangan kemas tempatan telah lama bertapak di Malaysia buat pertama kalinya meraikan kempen Merdeka yang disambut setiap tahun dengan satu kelainan iaitu kolaborasi antara HABIB dan Les’ Copaque telah telah diadakan di IOI City Mall. Kolaborasi ini dilancarkan oleh Dato Sri’ Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya. 
Pelancaran ini juga diadakan untuk merasmikan syiling emas Upin dan Ipin ini seberat 0.2gram dan dijual pada harga RM118. Selain itu, pameran merdeka HABIB juga berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September di ruang legar LG IOI City Mall, Putrajaya. 
Majlis juga turut dimeriahkan dengan tarian goyang Upin Ipin yang dipersembahkan oleh kakitangan Habib dan maskot Upin dan Ipin bersama-sama selebriti dan deejay radio tempatan.
HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi terkenal ini merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Animasi Upin dan Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan hanya menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja.
Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan di mana ia bertujuaan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini.

Melalui kempen ini, pengguna digalakkan untuk menyokong produk dan servis tempatan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Tambahan pula, tiada yang lebih bermakna untuk menyahut seruan #SokongLokal di Bulan Kemerdekaan memandangkan Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 pada 31 Ogos ini.
Jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Merdeka Habib untuk mendapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka dan juga Upin & Ipin sepanjang pameran ini berlangsung sehingga 6 September 2020. Jumpa di sana!

Ceritera Hamil 2.0 : Baby PKP in the making! HAHAHA

$
0
0
Alhamdulillahhh!
Aten sekarang hamil anak kedua. Sampai sekarang Aten masih tak percaya yang Aten hamil lagi sekali. Hahahaha

Cemana tau Aten pregnant?
Hahahaha! Aten sedar Aten pregnant time masa bulan puasa haritu. Aten punya menstrual jenis yang regular tiap bulan. So, boleh agak bila tak boleh puasa. Lambat 9 hari dah. Ayokkk! Hahaha terus masa lepas sahur check guna UPT. Time ni la tau pregnant. OMG Aten pregnant lagi! Hahahaha. Tetiba terbayang masa beranak Ammar dulu kena induce 3 kali. Aaaaa seram >.< hahaha.

Dan dan tu lah lepas dapat tau pregnant, time puasa badan sejuk menggigil bagai. Tak mampu puasa 4 hari. Hukhuk. Takpelah nak buat acano kan. Kuikui

Perasaan bila dapat tau Aten hamil lagi?
Mixed feeling! Terus pandang Ammar. Mampu ke aku nak jaga dua anak ni. Ammar pun kekadang tak terkejar nak layan kerenah dia. Aktif bebeno. To be honest, rasa macam tak mampu. Tapi kalau tak cuba taktau kan. Nasib baik family Aten dekat je. Boleh tolong Aten apa yang patut kalau Feeq busy.

Lepas raya haritu pergi check up dekat klinik area rumah Aten. Klinik ANDA dekat Balakong. 8 minggu time checkup tu. Pergi awal2 pun kang tak nampak baby. Macam pregnant Ammar sebelum ni. Alhamdulillah baby semua ok. Seronok sangat bila scan tu. Dapat tengok baby dalam perut. Memang setiap bulan paling Aten nantikan ialah time scan. Sebab nak tau perkembangan Adik Baby #LittleFF . Sekarang kandungan Aten dah masuk 21 minggu; 5 bulan. Tarikh EDD In Shaa Allah tahun depan 12 Jan 21 kalau takde komplikasi apa2. Mungkin akan bersalin dekat HUKM jugak sebab dah familiar dengan suasana kat situ masa bersalinkan Ammar. Semoga PKP cepat habis, takde la Aten mereput sorang2 kat hospital nanti. Hahaha!

Doakan Aten dan Adik Baby #LittleFF sihat tau!

NOIR Health & Beauty Bantu Wanita Tampil Yakin & Berjaya dengan Kempen Bangkit Wanita

$
0
0
Sabtu lepas Aten berkesempatan untuk join satu kempen dari NOIR Beauty & Health iaitu Bangkit Wanita. Aten tau pasal NOIR ni pun sebab setiap kali nak pergi Bangi mesti ikut highway PLUS ada billboard NOIR terpampang besar kat tepi highway tu. Tak sangka pulak dijemput untuk join event dorang. Hehehe.
Korang pernah dengar tak pasal NOIR Health & Beauty ni?
NOIR ditubuhkan pada tahun 2017. Kira quite baru lah kat Malaysia. NOIR diasaskan oleh Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu. NOIR merupakan syarikat yang mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Bukan sahaja di Malaysia tetapi produk NOIR telah menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Kalau korang nak tau, tahun lepas NOIR berjaya merangkul anugerah 'Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik' dalam Asia Halal Brand Award (AHBA). NOIR juga turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entreprenuer pada tahun ini.
Sejak penubuhan NOIR 3 tahun lepas, NOIR telah membantu lebih daripada 2,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik gaya hidup masing-masing. Mereka yang terdiri dari surirumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan pun berjaya dengan NOIR. Aten berpeluang untuk interview NOIR partner dan sangat tertarik dengan kesungguhan mereka. Produk NOIR pun bagus untuk wanita terutamanya NOIR Skin care yang merupakan salah satu produk best seller atas permintaan ramai. Berkat daya usaha mereka dan bimbingan dari pengasas NOIR, Madammu, NOIR telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan sehingga 5-6 angka secara konsisten setiap bulan dan mampu memiliki kereta dan rumah idaman mereka.

KEMPEN BANGKIT WANITA
Kempen Bangkit Wanita adalah salah satu platform dari NOIR dalam bentuk webinar untuk membantu wanita di luar sana untuk tampil yakin dan berkajaya bertindak lebih berani untuk mengubah taraf hidup sedia ada. Webinar ini dihadiri oleh pengasas NOIR iaitu Madammu dan beliau berkongsi perjalanan beliau dalam bisnes kecantikan.
NOIR bersedia membantu terutamanya wanita-wanita yang terjejas kehidupan harian mereka akibat daripada pandemik COVID-19. NOIR percaya sekiranya setiap wanita percayakan proses yang telah team NOIR hadapi dan lalui, pasti ramai yang boleh bangkit dari halangan yang melanda seluruh negara ini. Demi untuk survival kehidupan, bertindaklah, Bangkit Wanita! NOIR sedia membantu.

Kenapa Perlu Bangkit Wanita?
  • Bangkit untuk berubah ke arah kebaikan
  • Bangkit untuk kebahagiaan
  • Bangkit untuk capai matlamat hidup dan financial freedom
  • Bangkit untuk berkuasa atas hidup sendiri
  • Bangkit dari kegagalan
Webinar Bangkit Wanita haritu telah melancarkan pakej-pakej menarik untuk membolehkan ramai wanita untuk bangkit mengubah hidup dengan menyertai team NOIR. 

Terbaru ini, NOIR memperkenalkan program keusahawanan baru iaitu NOIR Mobile. Dengan hanya bermodalkan pembelian satu unit UV White Foundation, korang layak menjadi sebahagian daripada keluarga NOIR yang kini semakin berkembang dengan jayanya. Sasaran NOIR untuk melahirkan seramai 10,000 NOIR Mobile sehingga hujung tahun ni dengan pendapatan bulanan konsisten lebih dari RM1,000. Jom join team NOIR Mobile! Modal hanya RM69 je! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Bangkit Wanita NOIR ataupun NOIR Mobile, korang boleh layari media sosial mereka di bawah ni; 

Drive-in Cinema Terbesar di Malaysia & Berteknologi Imersif yang Pertama di Asia

$
0
0
Perk Idea Sdn Bhd telah melancarkan ‘Drive-in Cinema Malaysia’ (Panggung Wayang Pandu-lalu Malaysia). Ia merupakan panggung wayang berteknologi imersif yang pertama di Asia dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Domestik & Acara, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar. 

Drivein Cinema Malaysia ditubuhkan sebagai salah satu tarikan untuk para pelancong domestik selari dengan kempen Cuti-cuti Malaysia. Panggung wayang tersebut akan diadakan selama 45 hari, bermula dari 19 September - 1 November 2020, bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur.
Drive-in Cinema Malaysia memberikan pengalaman menonton Wayang yang luar biasa kepada para penggemar wayang tempatan dengan menstimulasikan pancaindera. Selain disajikan dengan filem- filem blockbuster, para penonton akan memandu melalui kesan pengcahayaan bertema yang mengasyikkan semasa memasuki Drive-in Cinema. Selain itu, para penonton juga disajikan dengan efek-efek pengcahayaan khas semasa penayangan filem untuk meningkatkan pengalaman menonton wayang. Drive-in Cinema Malaysia mampu manampung 200 buah kereta pada satu-satu masa, berbanding dengan para pesaingnya yang hanya mampu menampung ratarata 30 buah kereta. Drive-
in Cinema Malaysiajuga menggunakan saluran radio untuk menyalurkan audio wayang tersebut, menggantikan penggunaan pembesar suara ‘bluetooth’, sekali gus mengurangkan risiko dan memutus
penyebaran Covid-19.
“Drive-in Cinema Malaysia akan menjadi tarikan yang hebat kepada para pelancong untuk merasai pengalaman imersif menonton wayang. Usaha Drive-in Cinema untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 dengan mengurangkan kontak antara manusia amatlah dipuji. Dengan penggunaan e-wallet yang efektif dan saluran radio untuk audio wayang, ia merupakan cara yang selamat untuk para penonton menikmati wayang dalam persekitaran yang menakjubkan tanpa was- was,” kata Dato’ Dr. Ammar.
Melalui usahasama bersama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), agensi-agensi Pelancongan di seluruh negara dibolehkan untuk memasukkan Drive-in Cinema Malaysia ke dalam pakej-pakej pelancongan yang mereka tawarkan dengan kadar keutamaan di samping tarikan-tarikan hebat yang lain. Dengan itu, Drive-in Cinema Malaysia menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan pelancongan domestik dan pemulihan industri pelancongan negara. Usahasama dengan Federasi Rantaian-peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) pula menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke kedai-kedai berjenama dan francais-francais di Kuala Lumpur, dan menikmati diskaun-diskaun ekslusif melalui pengagihan baucer-baucer melalui platform Drive-in Cinema Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Drive in Cinema ni dah movie apa yang akan ditayangkan, klik 

Mesin Jahit Brother JK17B Full Review

$
0
0
Bila bercerita tentang mesin jahit, apa yang terlintas kat fikiran korang?
Kalau Aten semestinya mesin jahit yang berwarna putih! Sebab kebanyakan mesin jahit yang Aten jumpa mesti warna putih. Betul tak?
Entri kali ni Aten nak share dengan korang mesin terbaru dari Brother sempena ulang tahun mereka yang ke-20 tahun. Korang pun tau kan Brother dikenali dengan  kepelbagaian mesin jahit mereka. Dari sekecik2 jahitan hinggalah jahitan yang besar dan kompleks.

Mesin jahit keluaran baru Brother ni diberi nama JK17B. Ianya edisi terhad dan bewarna biru sepenuhnya berbanding mesin jahit mereka yang lain. Ianya juga ada corak bunga yang comel sesuai dengan warna biru pastel. Ni sempena ulang tahun mereka yang ke-20 tahun. 20 tahun dah bertapak kat Malaysia bermaksud pengguna mempercayai kualiti yang diberikan oleh Brother.

CIRI-CIRI UNIK MESIN JAHIT JK17B
Mesin jahit JK17B dibina dalam bentuk kompak dan mudah digunakan dan memperbaiki jahitan. Berat mesin jahit Brother JK17B ni 6.5kg je. So, memang mudah gilerr nak bawak ke mana-mana. Nak jahit dalam bilik ke, nak jahit kat ruang tamu ke semua boleh. Hehehe.

Kat bawah ni merupakan ciri-ciri unik yang ada di mesin jahit Brother JK17B yang menarik perhatian Aten : 
17 BUILT-IN STITCHES
Untuk seorang Aten yang amatur dalam bab menjahit ni, ni feature yang Aten paling suka gila! Mesin jahit Brother JK17B ni mempunyai 17 jenis jahitan yang boleh Aten pilih untuk menjahit. Nak jahit sarung bantal letak nama sendiri atau anak pun boleh kalau kena dengan caranya! 
BUILT-IN NEEDLE THREADER
Feature ni merupakan paling penting Aten rasa! Ianya sangat memudahkan untuk Aten memasukkan benang ke dalam jarum. Dengan menggunakan step yang mudah je benang dapat dimasukkan ke dalam jarum. Takde dah susah2 nak masukkan benang secara manual! 
LED LIGHT
Dengan adanya LED Light di mesin jahit JK17B ni memudahkan kerja menjahit. Kira nak menjahit tu lagi jelas dan terang. Takdelah jahitan yang Aten buat tu senget benget macam jahit manual guna tangan.

4 STEP BUTTONHOLE
Mesin jahit JK17B ni boleh jahit butang baju tau! Dengan hanya 4 langkah mudah je dengan menggunakan aksesori yang diberikan.
QR CODE UNTUK CARA PENGGUNAAN MESIN JAHIT JK17B
Seiring dengan teknologi zaman sekarang ni, semua benda menjadi mudah! Dekat mesin jahit JK17B ni ada sticker QR Code yang kita boleh scan kalau ada feature yang kita taktau cara nak guna. Dalam QR Code ni, kita boleh pilih video yang kita nak belajar. Memang memudahkan!
Ni apa yang korang akan dapat bila korang beli mesin jahit Brother JK17B.

Review Mesin Jahit Brother JK17B :
To be honest, Aten tak pernah ada mesin jahit. Kalau menjahit pun, jahit yang simple2 je. Tu pun kadang jadi kadang tak jadi. Hahaha. Tapi bila adanya mesin jahit ni, membuatkan Aten berminat untuk belajar menjahit sebab bila Aten tengok instruction video yang dorang sediakan, nampak senang gila! Hahaha. Memula tu nampak macam tak konfiden nak guna mesin jahit ni. Sebab tak pernah ada any mesin jahit. Semua jahit manual guna tangan je. Tapi bila refer dekat video tu dan cuba menjahit, Aten pun terkejut Aten boleh jahit dengan senang gila! Memandangkan Aten tengah pregnant ni, boleh la Aten jahit sarung bantal untuk baby baru Aten instead of beli baru. Hehehe. Nak jahit seluar dan baju terkoyak pun takde dah lama jahit. Percaya takkkk, Aten berjaya jahit pouch bag Aten sendiri! Amazing gila. Sebelum ni tak pernah terlintas kat fikiran pun yang Aten boleh jahit pouch bag even yang paling simple pun. Kat bawah ni ada simple video Aten buat pouch bag. Jom la tengok! Hehehe
Aten sangat recommend kat korang untuk guna mesin jahit Brother JK17B ni. Bersaiz kompak dan sangat mudah digunakan di mana jua.

Harga Mesin Jahit Brother JK17B : RM859

GIVEAWAY CONTEST!
Brother sedang membuat giveaway contest kepada followers dorang di FB dan IG. Korang pun berpeluang untuk memenangi mesin jahit JK17B ni kalau korang join contest. Brother nak bagi 6 mesin jahit ni tau kat korang. Jangan lepaskan peluang keemasan ni! Rugi tak join sebab contest dia senang gila! Klik bawah ni untuk join contest dorang k? Good luck semua!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai mesin jahit Brother JK17B ni, layari media sosial mereka di bawah ni ;

“BAGAIKAN MUTIARA” Single Pertama Tya Arifin Di Malaysia

$
0
0
Meneliti satu persatu bait lagu Bagaikan Mutiara jelas merangkumkan kembara perjalanan hidup, aturan kerjaya dan kecintaan wanita kelahiran Palembang, Indonesia bernama Tya Arifin.

Lagu nuansa pop ciptaan Ahmad Jeffny dan penyanyi Yuka Kharisma ini menjadi bukti biarpun melakukan banyak pengorbanan dalam hidup, minatnya terhadap dunia seni yang terlebih dahulu diceburi tidak pernah terhakis.

Lebih istimewa lagu yang dirakamkan 20 Oktober lalu ini turut mendapat sentuhan nukilan lirik suami tercinta, Asyraf Khalid bersama Ahmad Jeffny.

Lagu edaran Universal Music Malaysia ini pendek kata boleh diabadikan sebagai meraikan momen indah usia perkahwinan pemilik nama penuh Nurtria Wulandari Arifin ini yang genap lima tahun pada 1 November lalu.

Melengkapkan kebahagiaan Tya bersama Asyraf dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, 2.“Dalam hidup ini, kita seringkali berdepan dengan pilihan dan pengorbanan. Saya sendiri tidak pernah menyesali takdir berkahwin dengan Asyraf dan berhijrah ke Malaysia saat nama sedang mekar di tanah kelahiran.

“Bukan keputusan mudah sebenarnya untuk saya meninggalkan keluarga dan kerjaya di Indonesia. Namun saya bulatkan hati dan percaya cinta yang teguh itu menjadi azimat berharga membawa bahagia berterusan.

“Lirik awal lagu ini sendiri bermula dengan kembara saya dari tanah seberang menuju ke Malaysia. Pendek kata lagu ini mengenai perjalanan saya bertemu dengan suami dan seterusnya membuka lembaran baru dalam hidup sekali gus menebarkan impian yang lebih besar,” katanya Tya yang pernah muncul dengan single Bawalah Aku di Indonesia sekitar tahun 2012.

Menurut Tya yang turut meneroka dunia perniagaan produk suplemen kesihatan, Mutyara, single komersial pertamanya di Malaysia itu bagai sebuah bingkisan bermakna yang menghimpunkan pahit manis dalam paksi hidup.

“Ia seperti sebuah kembara seorang wanita yang mencari hala tuju dalam hidupnya. Ia termasuk mencari jati diri. Dalam perjalanan itu, dipertemukan dengan cinta hati.

“Lumrah dalam sebuah bahtera kehidupan itu pasti bersilih ganti suka duka sebelum mencapai kejayaan, matlamat dan impian diidamkan.

“Simbolik perkataan mutiara itu sendiri yang sentiasa bersinar di lautan. Ia tetap berharga nilainya sekali gus mencerminkan segala yang positif seperti kebijaksanaan, keteguhan hati, kemurnian, kekebalan dan kesetiaan,” katanya.

Jelas Tya lagi, single berkenaan juga ironinya memperkasakan golongan wanita dalam pelbagai sudut pandang.
“Wanita itu tak kira apa juga statusnya, dia juga kena kuat. Tidak boleh sesekali lemah. Kuat itu juga bukan daripada segi fizikal, namun juga minda dan pembawakan diri.

“Saya sendiri berubah status dari gadis bertukar sebagai isteri dan ibu. Menjadi ibu kepada dua cahaya mata tidak pernah membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup.

“Saya jadi lebih optimis dan bersemangat apabila perniagaan yang diusahakan dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya yang mula berhijab sekitar awal tahun ini.

Ditanya apakah percubaannya menghasilkan single berkenaan yaitu untuk merekam memori perjalanan cintanya, Tya memintas bahawa lagu itu menzahirkan darah seni yang mengalir tidak pernah bernoktah
“Soalnya saya bermula sebagai artis. Pastinya saya mengharapkan pertaruhan ini akan membuahkan hasil.
“Saya juga tidak mengambil mudah dalam soal untuk kembali menyanyi. Pastinya selepas sekian lama tidak menyanyi, banyak hal saya kena asah. Termasuk daripada sudut vokal. Saya sempat berguru menajamkan kembali vokal sebelum proses rakaman bermula,” katanya.

Lagu berkenaan juga menyaksikan Asyraf bertindak sebagai penerbit eksekutif. Video muzik juga sudah dirakamkan 17 November lalu arahan El Helmi Khir.

Lagu dan video muzik Bagaikan Mutiara baru sahaja dilancarkan pada (4 Disember 2020; jam 12.00am, tengah malam tadi). Ia juga boleh distrim di platform digital terpilih.

Klik link ke tautan video muzik ini 
yang akan dipaparkan melalui 
Youtube Channel Tya Arifin Official 

Pernah Dibuang Kerja 2 Kali, Norzira Terus Bangkit Demi Keluarga

$
0
0
Pertama kali Aten menemui Norzira Syarini Mohammed Pauzi atau lebih mesra disapa dengan nama Ira membuatkan Aten tertarik untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Terasa ada aura positif bila berjumpa dan berbual dengan beliau.

Mendengar pengalaman hidup Ira sungguh membuka mata Aten bahawa hidup ni tak seindah yang kita impikan. Ira menerima surat berhenti kerja ketika bekerja. Bukan sekali tetapi 2 kali! OMG kalau Aten ni memang mengucap panjang. Bila kita dah selesa dengan apa yang kita ada, then dapat pulak 'surat cinta', memang sedih tak berlagu memikirkan kita ada komitmen lain untuk bayar.

“Ira tak malu nak share dengan korang, Ira dengan suami pernah korek tabung sebab kehabisan duit, RM80 boleh lah hidup sebulan” ujar Ira yang pernah bekerja lebih 7 tahun memegang jawatan sebagai Penerbit di sebuah stesen TV di ibu kota. 


Siapa kata kerja kerajaan, hidup kita dijamin? Tidak kawan-kawan. Ira contohnya. Tiba-tiba dapat surat berhenti kerja, memang buat Ira terduduk atas alasan syarikat downsizing dan lagi sekali Ira jatuh ditimpa tangga apabila selepas 2 tahun menggalas jawatan editor di tempat kerja baru, Ira  diserahkan termination letter, kerana syarikat tidak dapat menampung pekerja dan tiada keuntungan.

Mujur ada suami yang menjadi penguat semangat Ira. Selepas 2 bulan bersedih, Ira bangkit. Bangkit dengan azam baru. Ira mengambil keputusan untuk membuka portal dan laman sosialnya sendiri secara dalam talian yang dinamakan Newsfeed Malaysia (kini Newsfeed Media). 


Ira kemudiannya memasarkan majalah Mingguan Wanita di mana dalam tempoh empat bulan beliau sudah mampu memperoleh pendapatan sehingga RM12,000 untuk menampung hidup beliau dan membayar komitmen bulanan.  Selain itu, Ira juga menambah pendapatannya dengan menjual majalah-majalah lain keluaran Karangkraf sehingga mampu meraih pendapatan lebih dari apa yang beliau sangkakan. Pendapatan enam angka!

Aten yang dengar kisah Ira ni terus rasa WOW gilerrrr! Hebatnya Ira! Terus Aten add beliau di Facebook dan Instagram dengan harapan Aten pun boleh berjaya macam Ira. Now Aten ada role model baru. Hehehe. Hari-hari mesti baca apa yang Ira post di Facebook. Kalau ada rezeki nak belajar lebih lagi dari Ira dan mana tahu kot-kot boleh bekerja dengan Ira. Hehehe.

Ira kemudiannya membuka syarikat Newsfeed Enterprise bersama salah satu rakan beliau yang pernah dibuang kerja bersama-sama dulu.


Siapa sangka dalam 11 bulan dalam bidang pemasaran dan pengiklanan, Ira berjaya mendapat total sale RM6juta dengan lebih 100 client yang Ira uruskan. Tiada modal yang Ira guna, hanya kepakaran Ira bercakap dan pengalaman bekerja 7 tahun sebagai penerbit dan editor.


Namun, Ira tetap juga memperbaiki diri dengan belajar tentang bisnes dan berguru dengan seorang pakar yang membantu beliau tampil yakin untuk berjumpa klien. 

Walaupun dibuang kerja, Ira tetap juga berusaha untuk beri mak abah duit bulanan seperti biasa walaupun duit di tangan cukup-cukup makan. Sentiasa dahulukan mak abah dan keluarga membuatkan Ira selesa dengan apa yang beliau lakukan sekarang ni. 


Semasa Aten berjumpa dengan Ira minggu lepas, Ira ada share. Dia kata kenapa eh mula-mula syarikat berkembang agak perlahan. Rupa-rupanya niat Ira salah. Niat masa membuka bisnes ni dulu untuk buat sales nak membantu diri sendiri. Lepastu  Ira ubah niat nak tolong orang, baru murah rezeki Ira. Dengan kepakaran Ira, Ira membantu usahawan di luar sana mengembangkan bisnes mereka.

Ira juga 'turun padang' bersama-sama dengan klien untuk membantu mereka memperbaiki dan mengembangkan bisnes mereka untuk sama-sama terus maju di musim pandemik ni.


"Ira rasa happy sangat bila dapat menaikkan jualan klien berkali ganda daripada kos yang dibelanjakan untuk pengiklanan," kata Ira.

Ira kini mempunyai 13 kakitangan yang membantu beliau menjalankan bisnes ini dan mempunyai office di Setia Alam. Suaminya yang dahulu seorang engineer berhenti kerja dan sama-sama menggerakkan perniagaan Ira untuk terus berkembang dan membantu lebih banyak usahawan supaya lebih berjaya. Bisnes ni pun mendapat sokongan daripada adik beradik Ira yang turut sama bekerja bersama beliau.


Sasaran jualan Ira untuk tahun 2021 iaitu RM25juta bagi Aten tak mustahil. Dengan kebolehan dan kepakaran Ira berdepan dengan klien memang confirm close sale! Hehheehe. Personal branding yang Ira lakukan di Facebook, Instagram, portal beliau membuktikan kredibiliti beliau di mata klien. 

Semoga siapa yang membaca post ni menjadikan Ira contoh terbaik untuk jadi usahawan yang berjaya. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Semoga Ira tidak putus asa membantu lebih banyak peniaga di luar sana untuk terus maju dan sukses di musim COVID-19. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. 

In Shaa Allah ada rezeki, kita jumpa lagi. 


Untuk tau lebih lanjut kehidupan harian Ira, klik

Agensi pengiklanan Ira :
Facebook | WebsiteInstagram

PTTI Menerima Trofi dan Sijil Anugerah BrandLaureate

$
0
0
Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI buat kali pertama menjadi penerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform (Platform Pendidikan Dalam Talian), selepas lebih lima tahun beroperasi. Anugerah penuh impak, cukup impak dan pastinya menjadi pembakar semangat warga PTTI itu diterima pada 19 Disember lalu di The Brand Laureate HQ, Damansara Utama.

Menurut orang penting yang menjadi nadi utama PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, 33, anugerah berkenaan menjadi bukti kelangsungan dalam terus mendidik anak bangsa mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

"Di sebalik ujian kita berdepan dan bergelut dengan pandemik COVID 19, anugerah ini bagai satu rahmat terindah buat kami di PTTI. 

"Niat kami hanya mahu membantu pelajar SPM khususnya mencipta kejayaan dan pencapaian terbaik. Misi dan visi itu tidak akan berubah dan goyah. Anugerah ini  bukan biasa biasa. Ia suatu anjakan paradigma bagi kami. Ia terlalu besar dan menjadi sejarah baru buat kami seiring dalam membiasakan norma baharu menerusi pendidikan dalam talian.

"Kejayaan ini hasil dedikasi seluruh warga kerja PTTI secara langsung atau tidak. Ia termasuk guru yang bertungkus lumus menyalurkan ilmu berharga serta berguna kepada pelajar," kata Cikgu Fana yang menerima anugerah berkenaan disampaikan Presiden The BrandLaureate, Dr KK Johan 

Menurut Cikgu Fana, satu kebanggaan baginya apabila anugerah yang sering diterima tokoh pelbagai bidang dalam dan luar negara itu kini berada dalam genggaman.

Anugerah igauan ramai itu meraikan kehebatan ikon jenama yang menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi dengan pemikiran serta idea inovatif.

"Saya percaya anugerah  berprestij dalam dunia penjenamaan cetusan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) ini menjadi idaman ramai. Saya dan suami suatu ketika dulu sendiri pernah membayangkan PTTI akan ada logo Brandlaureate. Akhirnya ia bukan angan angan kosong.

"Tak salah bermimpi, namun perlu disusuli dengan usaha dan niat yang betul. Pastinya setiap kejayaan atau anugerah yang diraih itu akan datang dengan tanggungjawab yang lebih besar.

"Selama ini pun kami ada didatangi pihak dan agensi tertentu yang mahu memberikan pengiktirafan. Namun kami selektif. Kami tidak mahu rambang mata atau jauh sekali nak jual mahal. Tapi biarlah anugerah itu seiring dengan apa yang diperjuangkan. Anugerah Brandlaureate datang pada waktu yang tepat," katanya.

PTTI bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Hanya pada tahun 2016, pusat berkenaan semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.

"Untuk sampai ke tahap sekarang, ia bukan laluan mudah. Pengalaman dan pergelutan mematangkan kami di PTTI.

Hingga kini, kalau ditanya signifikan penubuhan PTTI tetap sama. Ia terhasil cetusan semangat warga guru yang mahu membantu dan mendidik anak bangsa skor A dalam SPM.

"Semangat cikgu di sini kekal menjadi nadi. Selagi boleh menyalurkan ilmu dan cara terbaik untuk memberi pemahaman kepada pelajar, maka selagi itulah semangat membara kami takkan pudar. 

"Konsep atau penanda aras yang mampu buat warga guru di sini puas berkongsi serta menyalurkan ilmu ialah saat pelajar betul betul faham. Selagi pelajar masih berkerut dahi dan was was, maka guru di sini akan terus mengajar hingga mencapai kepuasan maksima.

"Di sini, kami mengajar pelajar SPM tanpa perlu menghafal semata mata. Sebaliknya kena faham cara dan teknik yang betul. Ketika itu datanglah apa jenis soalan pun, insyaAllah akan dapat dijawab pelajar dengan baik," katanya.

PTTI mula memenangi hati pelajar apabila muncul di platform media sosial seperti di Youtube, Instagram, Facebook dan TikTok dgn membantu mereka dengan video pembelajaran secara percuma.

Sejak awal penubuhan hinggalah kini, mereka sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik. Tidak semata mata secara interaktif di media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan juga meraih perhatian ramai pelajar.

Malah pada tahun ini, PTTI dan Mira Filzah turut berganding bahu. Mira sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM tahun 2010 juga mendokong aspirasi sekali gus membantu lebih ramai pelajar SPM dengan lantikannya sebagai duta rasmi pusat itu sejak Januari lalu

Bersempena  penerimaan anugerah ini, PTTI dengan bangganya membuka peluang pendaftaran awal untuk calon pelajar SPM bagi sesi 2021 bagi bermula selangkah lebih awal sebelum mendepani cabaran peperiksaaan sebenar.

Hukum Pengambilan Vaksin COVID-19

MALAYSIA LIVE! Siri Concert Atas Talian

$
0
0

MALAYSIA LIVE! merupakan siri konsert dengan kerjasama antara Pam Shahril and Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional; bersama pengarah muzik, Dato’ Acis; dan penerbit konsert, Jennifer Thompson dalam usaha mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanahair malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Siri konsert tersebut akan bermula dengan live-streaming dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.  Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah juga untuk menghiburkan peminat muzik tanahair dan membawa sedikit sebanyak keterujaan konsert live walaupun dilangsungkan secara maya. Kedua-dua konsert ini akan meraihkan artis-artis pendatang baru dan ternama dalam industri muzik,

Konsert ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life Centre, salah satu venue yang terkenal untuk persembahan live dan artis diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Dato’ Acis (keyboard and pengarah muzik); Fendi Mokhtar (drums), Jenny Chin (keyboard), Rozhan Rahman (bass), Wan Gigi (gitar), Jamie Wilson (gitar), Steve Thornton (percussion); and penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor and Juanita Ismail.

Penonton dapat menonton premier episod-episod tersebut di youtube channel MALAYSIA LIVE! seperti berikut : 


Episod 1

Live-steaming pada Januari 22, 2021 (Jumaat) 9 malam

Artis-artis : Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal

Pengacara:  Nazrudin Rahman



Episod 2

Live-streaming pada Januari 29, 2021 (Jumaat) 9 malam

Artis-artis : Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju and Zizi Kirana

Pengacara :  Adibah Noor 


Situasi bagi mereka-mereka yang punca pendapatan bergantung kepada persembahan seni dan hiburan secara live semakin meruncing dengan banyak perkerjaan yang terjejas walaupun mereka telah mencuba mengadaptasikan diri pada norma baharu.


Sebagai seorang yang pendapatannya bergantung kepada industri muzik, Dato’ Acis berkata, “Industri muzik adalah salah satu industri yang paling terjejas oleh kerana acara-acara live untuk khalayak ramai tidak dibenarkan berlangsung.  Dengan pengurangan atau kehilangan punca pendapatan dari sektor persembahan live, yang merupakan sektor utama pendapatan seseorang artis atau pemuzik, ada yang terpaksa mencari perkerjaan lain untuk menyara hidup dan dalam senario terburuk, mereka terpaksa menjual peralatan muzik yang sekian lama menjadi punca pencarian makan.  Dengan MALAYSIA LIVE! saya berharap ia akan memberi ruang untuk semua yang terkesan untuk mula menjana pendapatan dan bagi peminat muzik menyambung semula keistimewaan menoton acara secara live”.


Kedua-dua Pam Shahril dan Shahril Razak yang telah berkecimpung 15 tahun dalam industri acara live dengan mengendalikan sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya yang berpengalaman dalam mengusahakan beberapa show besar di dalam negara dan serantau, menambah, “Semasa show orangramai hanya melihat apa yang berada diatas pentas tetapi usaha yang perlu untuk mengendalikan sesebuah acara melibatkan beratusan daya tenaga pakar dan pekerjaan yang berkenaan termasuk jurutera, krew dan juga venue, katering, tiketing, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi yang membentuk sebuah pasukan untuk melaksanakan sebuah show dengan berjaya”.


Berkenaan keadaan masakini industri Jennifer Thompson turut berkata, “Bukan kita dalam industri tidak mencuba menyesuaikan diri atau meningkatkan kemahiran untuk mengadaptasikan diri kepada norma baharu tetapi ia perlukan lebih daripada usaha kita sendiri.  Kadang-kadang ia juga tergantung kepada situasi infrastruktur yang diluar kawalan kita ataupun corak pemikiran penonton yang mungkin mengambil masa untuk berubah.  Dalam industri hiburan perubahan adalah lumrah kehidupan tetapi dalam keadaan drastik ini, dan dalam percubaan untuk menyesuaikan diri, kita masih perlu cari makan dan membayar bil.  Objektif semestinya adalah untuk mengesyorkan kita tidak kehilangan bakat dan pakaran industri kita kepada perkerjaan lain”.


Ia menjadi harapan bahawa siri konsert ini akan berterusan supaya lebih artis, pemuzik dan tenaga pekerja industri muzik dapat melibatkan diri dalam perlaksanaan konsert-konsert seterusnya.


Kedua-dua episod dimungkinkan dengan sokongan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19.  Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula  demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.


Untuk mendapatkan berita terkini sila layari platform media sosial MALAYSIA LIVE! di :

YouTube – MalaysiaLiveMY

Facebook - www.facebook.com/MalaysiaLiveMY

Instagram - www.instagram.com/MalaysiaLiveMY

Twitter - twitter.com/MalaysiaLiveMY

Keith Foo, Duda Hot jadi Duta Crystal C White

$
0
0
Berpengalaman lebih 12 tahun dalam dunia perniagaan produk berasaskan kosmetik dan kesihatan, syarikat bumiputera Megah Herba (M) Sdn Bhd terus optimis dengan misi mereka bersaing di pasaran secara positif.
Ditunjangi pasangan suami isteri, Datin Reena Zach dan Datuk Zack Aziry mereka enggan statik dengan satu produk semata mata. Bahkan di samping mengukuhkan produk sedia ada, variasi kepada produk baharu tetap jadi keutamaan.

Di sebalik lambakan produk seumpama itu yang tumbuh mekar di pasaran, anak syarikat berkenaan iaitu Lana Labs Global kini meletakkan harapan menggunung kepada produk kecantikan kulit, Crystal C White.

Malah buat kali pertama produk naungan mereka menampilkan duta selain wajah serta ikon mewakili jenama terbaharu itu membabitkan dua selebriti berstatus duda dan janda terhangat di Malaysia.

Istimewanya juga produk kecantikan berkenaan yang biasanya mengetengahkan selebriti atau model wanita cantik menampilkan artis lelaki, Keith Foo sebagai duta selama setahun.

Merancakkan strategi pemasaran, Natasha Hudson yang juga ibu tunggal kepada tiga anak dipilih sebagai wajah dan ikon jenama produk juga untuk tempoh setahun.

Bagi pengasasnya, Datin Reena Zach, 36, dia tidak berasakan sesuatu yang janggal atau pelik memilih golongan lelaki sebagai duta.

“Kebiasaannya kalau perihal produk kecantikan, wanita cantik yang akan terlintas dalam fikiran mewakili produk sebegini. Namun kita cuba melawan arus meletakkan Keith Foo sebagai sandaran buah tangan terbaharu kami ini. Duta lelaki dipilih juga kerana kita mahu menekankan produk ini juga boleh diamalkan golongan lelaki selain wanita. Jadi apa salahnya kita lawan arus?

“Bapa tunggal kepada Skylar Raymond Foo ini juga sudah menggunakan produk ini sejak Ogos lalu bagi merasai keberkesanannya terlebih dahulu.  Banyak sebab kita memilih Keith sebagai duta. Selain wajah tampan dan memiliki kulit sihat, Keith sendiri mengamalkan gaya hidup sihat. 

“Bahkan oleh kerana trek rekod produk kami sebelum ini juga diterima baik di Indonesia, pemilihan Keith sangat wajar kerana dia sudah lebih sedekad mencipta nama di negara jiran itu. Keith juga fasih dalam banyak bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Indonesia, Mandarin, Inggeris, Tamil dan Hallam,” tegas ibu kepada dua anak berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.
Reena sendiri menegaskan beliau sendiri pernah berdepan masalah kulit wajah yang kronik.

“Pelbagai jenis produk penjagaan kulit sudah dicuba, namun gagal merawat masalah yang saya alami. Kulit saya pernah berjerawat teruk hingga satu tahap saya jadi trauma melihat wajah sendiri.

“Namun akhirnya solusi berjaya ditemui dengan penemuan produk Crystal C White. Menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun, produk ini cukup terbukti dengan pelbagai faedah serta kelebihan.

“Produk ini membantu menyelesaikan masalah kulit jerawat dan kusam, jeragat, tumit kaki merekah, rambut gugur, eczema, menguatkan kuku, mengurangkan garisan halus serta kedutan, agen anti penuaan, pencerah dan penggebu kulit serta fungsi pelbagai lagi,” kata Reena.
Mengenai pemilihan Natasha, Reena percaya ia menjadi nilai tambah kepada produk itu.

“Pemilihan Natasha juga selaras dengan konsep produk ini yang lebih elegan, segar dan mengikuti peredaran masa kini. Dia juga pengguna setia sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi.

“Seperti Keith, Natasha juga mengamalkan gaya hidup termasuk sukan memanah dan berkuda. Dia sendiri juga ada kelompok peminat di Indonesia kerana produk kami sendiri mendapat sambutan positif di sana.
“Semestinya memiliki wajah kacukan dan kulit cantik serta sihat menambat hati kami. Selain itu dia juga antara ikon kepada wanita Muslimah. Dia akan membantu kami mempromosikan produk ini di laman sosial selain mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pasukan Crystal C White,” kata Reena lagi.

Sementara itu Keith menyatakan persetujuan menjadi duta kerana tertarik dengan produk terbabit.

“Semestinya sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong produk tempatan. Sejak dulu lagi saya selalu berfikiran sebegitu. Pastinya juga Crystal C White cukup berkualiti, berkesan dan paling utama untuk saya yang selalu bergerak aktif.

“Saya yakin perniagaan seumpama ini juga akan terus membuka peluang untuk masyarakat menjana pendapatan sebagai agen dan stokis. Dalam situasi meruncing dek pandemik Covid 19, peluang sebegini cukup bermakna,” kata Keith.
Crystal C White dirumus khas daripada bahan semulajadi  dan bermutu tinggi seperti Pinebark, Hithione, Ekstrak Berries, Ekstrak sayuran, ekstrak biji anggur  serta Vitamin C yang diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus bersinar

Untuk keterangan lebih lanjut boleh mengikuti laman instagram Crystal C White iaitu @crystalcwhite_hq atau Facebook page CrystalCWhite HQ 
Setakat ini sudah ada lebih 5000 agen dan stokis berdaftar di Malaysia dan Indonesia. Malah peluang untuk menjana pendapatan juga sentiasa terbuka kepada yang berminat menjadi agen dan stokis.

Dipasarkan sejak Oktober lalu, produk berkenaan sudah terjual lebih 40,000 kotak. 

Untuk butiran lanjut, hubungi talian Hotline 0178888240

ALIFE AGAIN : Mencipta Masa Depan untuk Industri Acara Langsung

$
0
0

Pandemik COVID-19 yang melanda negara ni mengancam industri acara langsung (live events) yang sebelum ni tak pernah terjadi selama ini. Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) berharap agar tahun baru ini akan memberi pencerahan menuju pemulihan. Sebahagian besar inisiatif ALIFE 2020 ialah untuk melibatkan kerjasama pihak berkuasa yang relevan dalam usaha membenarkan acara secara langsung ini dapat dilaksanakan dengan selamat bersama pelaksanaan protokal kesihatan yang ketat.

Para R. yang merupakan Pengerusi ALIFE. berkata, “Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sulit buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha untuk mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung melalui Forum ALIFE AGAIN.


ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan akan dipersembahkan dalam bentuk acara hibrid dengan sebilangan kecil peserta langsung serta penyertaan dalam talian. Forum yang akan menampilkan sekumpulan ahli panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung akan menangani topik-topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaan & bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara. 

Antara ahli panel yang bakal menyertai forum ini adalah legenda muzik Malaysia, Datuk M.Nasir,Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group, Ilya Kravtsov, Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation  yang merupakan sebuah syarikat teknologi acara terkemuka, Kim Lim yang merupakan Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music, wakil dari agensi kerajaan termasuk Cendana dan MyCreative dan ramai lagi. Sesi ini juga menampilkan ahli panel dari industri hiburan langsung dari seluruh rantau ini. 

Dengan kumpulan penggerak dan nama-nama besar industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, forum ini akan menyediakan platform yang hebat untuk para peserta yang menyertai acara ini untuk belajar, adaptasi dan melaksanakan pelbagai strategi untuk kesinambungan semula acara secara langsung selepas wabak COVID-19.

Sebagai infomasi dua bulan lalu, industri secara langsung melalui ALIFE telah mengirimkan SOS kepada Kementerian dan agensi kerajaan berkenaan usaha menyelamatkan industri selepas semakin banyak pengendali, pembekal, kru dan pekerja dipaksa berhenti dan keluar dari sektor ini. 

Dua bulan kemudian, walaupun terdapat banyak sektor ekonomi yang dibenarkan memulakan operasi beserta pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Nasional, industri siaran langsung berada dalam Aktiviti Terhad Majlis Keselamatan Nasional (Senarai Aktiviti Dilarang). ALIFE akan terus menuntut kepimpinan proaktif dari Kerajaan dalam membantu industri secara langsung di musim pandemik ini.


Pendaftaran FORUM ALIFE AGAIN adalah PERCUMA dan dibuka kepada semua pengamal acara langsung yang berminat dengan dasar ‘first come first serve’. Pendaftaran dibuka pada hari Khamis, 6 Januari 2021 melalui www.alife.my. Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Siapa cepat dia dapat! 

Viewing all 490 articles
Browse latest View live