Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

Pengalaman Bersalin Musim PKP di HUKM (PPUKM)

$
0
0

Hi readers Aten semua, 

Harini Aten nak cerita sikit tentang pengalaman Aten bersalin di musim PKP 2.0 ni. Harap post ni dapat membantu seba sedikit untuk korang yang nak tau pengalaman bersalin di musim PKP 2.0 ni.

Aten dapat tau Aten pregnant tahun lepas masa bulan puasa. Ahh sudah time patut Aten period, Aten tak period. Dari situ dah tau dah Aten pregnant. Beli la pregnancy test. Lepas sahur, Aten test and betul la Aten pregnant. Time tu PKP 1.0 . 

Tepat 10 minggu Aten pergi ke KK untuk bukak buku pink. Memandangkan mengandung pertama Aten ada kencing manis, kalini Aten jaga kaw kaw punya supaya takde kencing manis. Alhamdulillah 2 kali minum air gula, dua2 takde kencing manis. Punya la lega sebab takyah record BSP sebelum dan selepas makan. Leceh tau. Hahaha. Cukup la masa anak first je kena record menda alah tu. Hahahah

Anak pertama Aten, tepat 40 minggu baby taknak keluar2. Jadi kena serah diri kat hospital. Kena induce sebab ada kencing manis. Nak taknak kena keluarkan baby jugak untuk elakkan kena czer incase baby besar.

Pengalaman mengandung kali kedua pulak, disebabkan Aten takde kencing manis, doctor extend lagi 9 hari untuk serah diri kat hospital. Fuhhh! Dah 40 minggu jangan cakap la, jalan pun dah macam penguin. Ni nak tambah lagi 9 hari. Kebetulan masa checkup 40 minggu, doctor check bukaan. Dah 2cm wehhh. Tapi dinding rahim tebal lagi. So doctor suruh balik dulu. Lepas 9 hari takde tanda nak bersalin baru serah diri. Since doctor dah check bukaan masa 40 minggu tu, darah dan lendir ada keluar sikit2. Sekejap ada sekejap takde. Walaupun orang kata, ada darah keluar je terus pergi hospital, Aten tak pergi pun. Sebab ramai gak yang pergi hospital tu, doktor suruh balik.

Sampai la tepat 41 minggu, Aten dah start rasa contraction kerap dan lama. Lepas dinner, Aten terus ajak Feeq pergi hospital. Doktor check bukaan dan 3cm and dah kena warded. But before that, HUKM(PPUKM) akan suruh korang buat swab test COVID19. Kalau negative baru boleh masuk wad. Berair lah jgk mata doktor tu cucuk dalam hidung swab test tu. Hahahaha! Alhamdulillah Aten bebas COVID19! Hehehe

9.30 malam Aten masuk wad. Wad sama macam first pregnancy Aten cuma lain katil je. Hehehhe. Aten pun dah familiar dengan layout wad tu. Opss! Lupa nak bgtau, deposit sebelum masuk wad kena bayar RM750 dulu tau. Harga still sama macam 3 tahun lepas Aten bersalin anak pertama Aten. Hehehe


Lepas dah masuk wad tu, cam biaso kena cucuk jarum besar ni. Serammmm tengok. Hahaha. Memandangkan bukaan Aten baru 3cm, doktor suruh dok kat katil layan contraction dulu. Lepas 4 jam baru doktor check balik bukaan. Tepat 1.30 pagi, Aten pergi bilik prosedur untuk check bukaan dah 5cm. Terus nurse tolak naik wheelchair ke labor room. Dekat katil Aten, nurse ambik phone Aten je. Barang baby apa semua takpayah. Penat Aten pack baju baby. Hahaha. Btw, husband korang takleh teman tau kat katil. Hanya boleh tunggu kat luar wad dan juga luar labor room. 2 pagi Aten masuk labor room layan contraction. Sumpah sakit gila weiii. Doktor siap tanya nak epidural tak, Aten cakap nakkkk sebab sakit sesangat. Tapi tak sempat cucuk epidural(doktor busy sangat sbb labor room penuh), tepat 2.56 pagi second baby Aten pun lahir. Tak sampai sejam, adik baby dah keluar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Fuhhh lega gilaaaaa dah bersalin. Hilang terus contraction. Hahaha. Disebabkan time Aten ke labor room tu semua penuh, doktor attend kat ibu yang lebih memerlukan doktor. Baby Aten nurse yang sambut. Ok la dari beranak sorang2. Hahahha. Yang buat tak best nak bersalin masa PKP ni, husband takde nak teman kita kat dalam labor room. Kita kena tahan sakit sorang2 ye ibu-ibu. Aten pulak bila dapat tau husband takleh teman dalam labor room, memang kat rumah kena mentally & physically prepared. Ibu-ibu kena kuat tau walaupun husband takleh teman dalam labor room.

Lepas dah bersalin tu, nurse letak adik baby kat Aten untuk skin to skin kejap sebelum dorang bersihkan baby. Then nurse bersihkan uri dan keluarkan blood clot and kena jahit sikit. Hahahah. Sementara tu Aten berehat and nurse bagi minum air coklat dengan makan biskut untuk bagi tambah tenaga lepas bersalin. Lepas baby dah pakai bedung apa semua, nurse bagi baby kat Aten untuk breastfeed. 


Pukul 4 gitu, baru Aten masuk ke wad balik. Haaa, time ni la husband korang boleh masuk ke wad dan azankan baby. Sementara ada husband tu, Aten bersihkan diri tukar baju yang nurse bagi. Ambik gambar baby dulu. Hahaha. Thennnnn, tidurrrr! Baby pun bagi kerjasama. Dia tidur sekali. Tapi bila ada baby lain nanges, automatik dia terjaga nanges sekali. Support member kot. Hahahhaha.

Then breakfast pukul 6.45 pagi. Awal betul. hahaha. Tapi dah lapar kan. Ngntok pun telan sajo. Kuikui. Then pukul 10.30 nurse datang suntik BCG kat adik baby. Pukul 11.15 pulak nurse datang untuk check pendengaran adik baby. 11.45 lunch pulak. Then akan ada doktor yang akan check baby, check Aten. Nak tengok baby dah kencing & berak ke. Aten pulak doktor tanya ada pening2 ke, check BP apa semua. Then pukul 3 petang doktor bagitau, Aten dah boleh keluar wad dan balik. Wehhhh tak sampai sehari Aten kat hospital. Hahaha. Mungkin sebab PKP ni, doktor taknak tahan pesakit lama2 kat hospital kot. Then Feeq pergi bayar remaining fees and then balikk. Hehehe

Thank you HUKM for the gift! Dan ubat-ubatan untuk Aten hahaha


Kos bersalin Aten di HUKM untuk kali kedua ialah RM803. A bit murah dari anak pertama Aten. Mungkin sebab bersalin kali kedua ni, Aten takde kena induce dan epidural pun tak sempat ambik sebab adik baby dah keluar. Hahaha! 

Alhamdulillah semua dah selamat. Adik baby PKP 1.0 keluar time PKP 2.0. Dasat kau dik dalam perut mummy 41 minggu. Hahaha. Harini adik baby pun dah 20 hari. Hehehe. Nanti kalau rindu nak pregnant dan bersalin boleh Aten refer sini untuk kenangan. Kot bila dah baca post ni, terbatal niat nak pregnant lagi. Hahaha.

Ni pengalaman Aten bersalin anak pertama Aten di HUKM

Konklusinya, bersalin semasa PKP kat HUKM (PPUKM) : 
  • Sebelum masuk wad, WAJIB buat swab test COVID19
  • Suami takleh teman kita kat dalam wad (tunggu kat luar wad je) walaupun visiting hour
  • Suami takleh teman kita kat dalam labor room (tunggu kat luar labor room je)
  • Suami boleh azankan baby lepas kita dah masuk ke wad kita
  • Kalau ada barang yang kita perlukan, suami boleh masuk bagi kat kita lepastu kena keluar
Akhir kata, 
ibu-ibu kena ready mental dan physical ye bila nak bersalin nanti. Yukenduit mommy! 

5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur!

$
0
0

 

Hi semua!

Jom baca Aten share 5 perkara yang korang perlu tahu mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur kat bawah ni 😀

1. PENGALAMAN MELUAS DALAM BIDANG PERUBATAN

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah, Hospital Pantai Kuala lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia. 



2. PELOPOR DALAM INDUSTRI


Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan jabatan  rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre @PHKL. Hospital Pantai Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).  



3. PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA DENGAN PENDEKATAN MESRA

Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat Keunggulan– Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostik dan Terapi Nuklear.



4. PERKHIDMATAN KECEMASAN 24 JAM


Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Hospital Pantai Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung hingga ke strok. Jangan lupa untuk menyimpan nombor ini di dalam senarai nombor dailan pantas anda – 03- 2296 0999!



5. PUSAT PESAKIT ANTARABANGSA

Hospital Pantai Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.


Jangan lupa ikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur menerusi Media Sosial :

Facebook | Website | Instagram


Telefon: +603-2296 0888 / Whatsapp: +6016-313 0888

Emel: my.phkl@parkwaypantai.com

NIO Sudio Wireless Earphones Review

$
0
0
Hi guys!
Selamat hari Isnin! :D

Post kali ni Aten nak share 1 benda best dengan korang. Sekarang ni memang tengah trend kan wireless earphone. Senang takde tali panjang2 nak kena cucuk kat phone. Hehehe

Korang pernah dengar brand Sudio? Yang Aten nak share dengan korang ni, NIO Sudio. Aten pun mestilah kena join trend orang zaman sekarang kan. Lagi-lagi pulak Aten ada newborn. Mana boleh bising2. Nanti baby jaga, susah pulak Aten nak buat kerja. Dulu takde baby kecik takpe lah. Hahaha.

Bila dapat je NIO Sudio ni, Aten rasa sangat WOW gila dengan pacakaging dia. Kemas dan elok je kotak dia. Jenis yang keras tau. Takde kemik2. Nak bukak pun rasa sayang. Hahaha. NIO Sudio ada 4 pilihan warna iaitu, NIO White, NIO Black, NIO Green & NIO Sand (warna baru yang eksklusif). Aten pilih warna NIO Black sebab senang nak jaga, takde kotor2. Almaklum la, mak anak 2 ni makin busy sebab anak dah ada 2. Hahaha.

Close up shot NIO Sudio Wireless Earphones

Antara feature menarik yang Aten suka di NIO Sudio ni ialah :
  • Hujung sayap (wing tip) dengan 4 saiz tersedia untuk keselesaan kita
  • Jangka hayat bateri 20 jam. Lama tu wehh!
  • Teknologi mikrofon dwi adaptif
  • Kawalan panel sentuh dan Pemasangan automatik (automatic pairing dekat phone)
  • Perlindungan IPX4 yang boleh dipercayai (water resistance tau!)
The Sudio Care Kit

Bila dah ada NIO Sudio ni, kena lah ada The Sudio Care Kit. Sudio Care Kit menyediakan semua alat yang kita perlukan untuk memastikan earphone kita kelihatan seperti baru sambil memanjangkan jangka hayat peranti kita. Kit penjagaan Sudio direka untuk mengekalkan earphone kita supaya kita dapat menikmati suara/irama yang menarik dari telefon kita. 

Kit Penjagaan Sudio akan tersedia di https://www.sudio.com/my/accessories bermula pada 15 Februari 2021 dengan harga MYR 119.


So far Aten sangat berpuas hati dengan NIO Sudio. Pasang je kat telinga, tak dengar dah bising kat luar. Senang nak dengar bila orang call. Memang sesuai untuk Aten yang suka dengar lagu dan tengok netflix bila ada masa free. Perlindungan IPX4 ni pun best. Kalau kena hujan pun tak rosak. Bateri tahan 20 jam pulak tu. Takde la kejap2 nak kena charge kan. NIO Sudio ni memang direka untuk semua orang! Menarik kan? 

Korang nak tak beli NIO Sudio ni?
Gunakan promo code [FATINIO] untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%. Dengan kod diskaun 15% ni, harga NIO hanya menjadi MYR306 je. Di samping itu, untuk sebarang pembelian earphone Sudio [ https://www.sudio.com/my/earphones ] pada 15 Februari-21 Mac 2021, korang akan mendapat 1 x Kit Penjagaan Earbud Sudio secara percuma dari Sudio. Memang berbaloi! 

Untuk maklumat lanjut mengenai NIO Sudio, korang boleh pergi ke media sosial dorang kat bawah ni ok?

Jom Raya Kau Hijau bersama SAFI!

$
0
0

 

Sedar tak sedar, tinggal lagi berapa hari je nak puasa kannn. Cepat betul masa berlalu tahun 2021 ni. Ni apa yang Aten rasa lah. Mungkin sebab ada newborn baru kat rumah Aten ni punya busy. Nak melayan 2 kerenah hero Aten. Fuhhh 4 bulan terasa berlalu cepat gila!

Alhamdulillah sekarang ni pun kes COVID semakin menurun. Tapi kena sentiasa ingat, walaupun semakin menurun, kita masih lagi perlu berjaga-jaga. Kena patuhi segala SOP yang disarankan supaya kita bebas dari segala kuman, bakteria dan virus yang boleh memudaratkan kita semua. Aten pulak baru dapat baby, memang tak kemana lah. Duk rumah dengan 2 hero Aten. Dorang kan kecik lagi, imun badan pun tak kuat lagi, better duduk rumah je. Kena pandai buat aktiviti yang menarik la supaya tak bosan. 

Btw, korang tau kan produk Safi bukan je untuk penjagaan muka? Ada jugak produk lain yang melindungi kita dari bakteria jahat. 

Contohnya,
SAFI Antibacterial Shower Cream Fresh Protect. Ianya boleh menghilangkan 99.9% kuman*, membersihkan kulit dengan mendalam menjadikannya segar, diperkaya dengan Ekstrak Lemon Asli untuk mencerahkan kulit dan diuji secara dermatologi. Korang2 yang bekerja luar, lepas balik rumah terus mandi untuk elakkan bakteria, kuman, virus yang kita tak nampak terkena pulak kat orang rumah kita. Better safe than sorry!

Selain itu, Aten ada guna Safi Antibacterial Handwash Fresh Protect. Ianya boleh menghilangkan 99.9% kuman*, diformulasikan untuk Antibakteria & Anti Bau. Kalau makan guna tangan tu, basuh je guna ni, bau makanan akan hilang. Diperkaya dengan Serai, Ekstrak Lemon Asli dan Minyak Habbatus Sauda dan 100% bahan aktif semulajadi, bebas dari bahan kimia yang tak diingini.

Nak cantik masa raya ni? Boleh dah mula dari sekarang! Cuaca yang tak menentu ni mesti membuatkan kulit kita kering dan kusam. Korang boleh cuba  SAFI Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25PA++IR! Ia melembapkan & membantu menguatkan struktur kulit dengan berkesan. Melindungi kulit dari UVA, UVB & InfraRed (IR), menghalang kegelapan kulit dan menggalakkan tona kulit yang sekata.

Lepas dah balik dari berjalan, jangan lupa cuci makeup di muka kita! Tak elok untuk muka kita. Kita perlu cuci bersih2 untuk bagi kulit muka kita rehat.  Tapi sebelum nak cuci muka tu, bersihkan makeup kita menggunakan SAFI Micellar Cucumber dengan kapas. Diformulasikan dengan Teknologi Air Micellar dan 100% Bahan Aktif Timun Asli. Makeup remover ni membantu menanggalkan alat solek dan kekotoran dengan hanya 1 sapuan je! Selain itu, meremajakan kulit, mencerahkan dan meratakan warna kulit. Tidak perlu dibilas! Sesuai untuk mereka yang ada kulit sensitif dan kusam. Hasilnya? Kulit yang cerah dan berseri!

Cantik takkkk? Cantik kan kan kannn? 

Aten nak bagitau ni, korang boleh dapatkan piring batik Safi edisi terhad secara PERCUMA dengan setiap pembelian RM40 ke atas mana-mana produk Safi. Promosi ni boleh didapati di kedai berdekatan korang. Jom kumpul ketiga-tiga reka bentuk piring batik edisi terhad Safi ni! 💚

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Safi, korang boleh layari media sosial mereka di bawah ni :

Facebook | Website | Instagram

Nestlé memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu jenama MILO dan NESCAFÉ kegemaran rakyat Malaysia

$
0
0

Dua jenama ikonik Nestlé kini muncul dengan versi tanpa tenusu yang menjadi sebahagian daripada rangkaian sedia untuk diminum. MILO dan NESCAFÉ Dairy Free baharu pasti akan mengujakan penggemar yang mengidamkan minuman berasaskan tumbuhan atau tanpa tenusu keluaran MILO dan NESCAFÉ kegemaran mereka.

Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free baharu diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Komponen susu dalam minuman digantikan dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti badam, kacang soya, oat dan kacang pea. Secara umumnya, produk berasaskan tumbuhan merupakan sumber lemak yang sihat, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral serta serat makanan, di samping lebih rendah lemak dan lemak tepu serta bebas kolesterol.

 “Kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu di Malaysia buat julung-julung kalinya bagi melengkapkan inovasi produk kami dalam menyediakan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, berkhasiat dan mesra alam. Memandangkan semakin ramai pengguna membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat, serta meneroka cara baharu untuk menikmati makanan yang bukan sahaja bermanfaat untuk diri mereka sendiri malah alam sekitar, kami telah menginovasi minuman MILO dan NESCAFÉ dengan menghasilkan versi tanpa tenusu untuk kedua-dua jenama ini bagi menyokong keperluan berasaskan tumbuhan yang lazat dalam perjalanan ke arah masa hadapan yang lebih lestari.” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Pelancaran rangkaian minuman Nestlé Dairy Free baharu oleh Nestlé sejajar dengan komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Tambah Aranols, “Makanan berasaskan tumbuhan telah mencetuskan revolusi cara penghasilan makanan. Kami berharap dengan menawarkan makanan dan minuman berasaskan tumbuhan akan dapat membantu kami mencapai cita-cita ini.”

Evolusi jenama ikonik MILO dan NESCAFÉ yang seiring dengan revolusi makanan ini menawarkan peluang pertumbuhan baharu untuk segmen minuman sedia diminum Nestlé. Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kami berbangga menerajui usaha Nestlé dalam memperkenalkan rangkaian sedia diminum tanpa tenusu yang baharu ini. Minuman MILO Dairy Free kami merupakan pertama seumpamanya untuk Nestlé, justeru kami berharap produk ini dapat mencetuskan minat dalam kalangan pengguna yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan terhadap MILO, jenama kegemaran jutaan rakyat Malaysia. Selain itu, dengan NESCAFÉ menyertai rangkaian tanpa tenusu ini, kami juga berharap penggemar kedua-dua jenama MILO dan NESCAFÉ kini mempunyai alasan yang baik untuk meneroka langkah menuju perjalanan berasaskan tumbuhan bersama kami.”

Terdapat dua format MILO Dairy Free Badam: UHT 1L dan botol PET 225ml. Manakala, NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dan NESCAFÉ Dairy Free Oat Latte pula didapati dalam format botol PET 225ml. Dengan rasa MILO dan NESCAFÉ ikonik yang digemari rakyat Malaysia, produk tanpa tenusu ini juga sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa.

Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat. 


Korang boleh menikmati minuman Nestlé Dairy Free baharu ni dengan mengunjungi Jaya Grocer atau pasar raya, peruncit, kedai serbaneka dan laman web e-dagang yang terkemuka. Untuk maklumat lebih lanjut, layari: https://www.dearnestle.com.my/brand-story/rtd-dairy-free.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2021

$
0
0

Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1442 Hijrah yang bakal tiba tak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ni kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep 'Nostalgia Santapan Keluarga' yang akan bermula pada 15 April hingga 10 Mei 2021, dari jam 6 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.

Konsep 'Nostalgia Santapan Keluarga' dipilih pada tahun ni membawa makna yang cukup mendalam buat kita semua rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga tercinta pada Ramadan tahun lepas dan juga tahun ni disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Oleh itu, Menara Kuala Lumpur menjemput semua untuk mengubati rasa kerinduan kepada kampung halaman dengan menikmati juada berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatarbelakangkan panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam.




Para tetamu yang hadir ke Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur tahun ni dapat menikmati juadah yang menarik dengan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. 

Sajian istimewa pada tahun ini adalah sajian khas dari Timur Tengah iaitu daging kambing Australia yang dipanggang bersama perapan 'Arabic Spice' dan disediakan bersama-sama Nasi Pilaf serta salad timun tomato.

Tidak lupa juga masakan tempatan turun menurun dan pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung setiap tahun. Semua sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama Menara Kuala Lumpur iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu 'The Sky Band'. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bufet Ramadan tahun ni, Menara Kuala Lumpur menawarkan promosi 'early bird' mulai hari ini sehingga 12 April 2021 seperti berikut :

Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 5 orang sahaja) dan harga  untuk kanak-kanak ke-6 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke Sky Deck bagi setiap pembelian, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa Menara Kuala Lumpur dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ni kerana mereka amat mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi mencegah penularan COVID-19. Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan selama 45 minit setiap hari. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Menara Kuala Lumpur di talian 03-20205499 atau layari media sosial mereka di bawah ni :

Facebook | Website | Instagram

Tony Romas Memperkenalkan Tulang Rusuk dengan Perisa Baru yang Sangat Sedap!

$
0
0

Sedar tak sedar, seminggu dah kita berpuasa. Kejap je kan masa berlalu. Bagi Aten Ramadan kali ni sangat mencabar sebab kena jaga 2 anak Aten, Ammar yang menghampiri usia 3 tahun dan Afiq yang baru masuk 3 bulan hari. Bila dah petang nak masak untuk berbuka, masak yang simple-simple je sebab nak kena layan kerenah Ammar dan Afiq. Alhamdulillah Feeq pun tak kisah, makan je apa Aten masak. Memandangkan tahun lepas sebulan berbuka puasa sebulan kat rumah disebabkan pandemik COVID-19. Jadi, tahun ni kita selang-selang la makan kat luar. Mencuba menu baru. Hehehe.

Restoran fav Feeq, Tony Romas menyajikan menu best gila bersempena bulan Ramadan tahun ni. Memang berita baik untuk penggemar daging untuk mencuba menu eksklusif ni bermula 19 April 2021 hingga 15 Jun 2021 di restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia.

Tony Romas, restoran yang tidak asing lagi buat penggemar daging mengadakan Festive Flavours yang disediakan dengan saiz hidangan yang jauh lebih besar supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama-sama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang sangat berpatutan. 

Antara menu yang disediakan adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut. Menu ini menawarkan pelbagai juadah lazat yang pasti membuatkan kita tak sabar-sabar nak bukak puasa!

Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, namun ianya masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya, tambahan pula, stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan dirumah sendiri.
Festive Beef Ribs Platter dihidangkan dengan lima rasa yang berbeza sesuai dikongsi dengan kumpulan ramai kerana saiz hidangan yang besar dan lengkap bersama hidangan sampingan (boleh pilih 2 hidangan sampingan sama ada jagung, coeslow atau mashed potato) dan Rib Bone Stew. Kita dapat mencuba lima rasa unik yang dihidangkan khas bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung, tanpa mereka perlu risau sama ada mereka membuat pilihan yang tepat atau tidak. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut. 
Wajib makan! My fav is definitely Sriracha :D
Festive Lamb Slabs Platter juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali.
Selain itu, menu wajib korang kena makan bila berbuka di Tony Roma's semestinya hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak yang dimasak dengan sempurna!
Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma Tiramisu ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera. 

Jadi, sekiranya korang ingin menikmati hidangan yang lazat, mewah dan menyelerakan pada Ramadan ini, kunjungilah Tony Roma’s. Menu yang disediakan pasti memuaskan cita rasa semua orang!


Harga? Jangan risau kerana ianya tidak akan menipiskan dompet korang sekelip mata, di mana menu penuhnya hanya berharga RM359.90 untuk 4 – 5 orang makan!


Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari 

www.tonyromas.com.my

The Manhattan FISH MARKET Perkenalkan Menu Baru Feisty Arabic Ikan Bakar Sempena Ramadan & Raya 2021

$
0
0

Salam 18 Ramadan semua!
Cepat kan masa berlalu. Nanti pejam celik pejam celik ehhh dah raya! 

Aten nak share dengan korang satu tempat best untuk korang berbuka puasa bersama-sama dengan family. The Manhattan FISH MARKET memperkenalkan Menu Baru Feisty Arabic Ikan Bakar Sempena Ramadan & Raya tahun ni. Haaa, bukan bukak puasa je boleh, nak makan masa Raya nanti pun bolehh. Dengan kes COVID yang semakin meningkat ni, memang tak boleh rentas negeri beraya jauh-jauh, jadi kita raya di dalam mall je lah macam Aten sebelum2 ni. Hehehe.

Bermula 13 April 2021 dan seterusnya, di semua The Manhattan FISH MARKET , korang boleh nikmati rasa pertama dalam siri "Flavours of the World" mereka untuk Ramadan & Raya tahun ni iaitu Feisty Arabic Ikan Bakar.

Korang dapat menikmati set makanan eksklusif yang berkonsepkan Timur Tengah. Bayangkan tengah lapar lepastu dapat pulak nasi garlic herb panas-panas,I kan Bakar dengan sos tomato pedas, dessert pulak dapat makan Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava, memang terbaiklah!

Feisty Arabic Ikan Bakar Duo

Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2  Garlic Herb Rice sesuai untuk 2 orang makan dengan harga RM59.90 je.

Feisty Arabic Ikan Bakar Gembira

Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice, menu kegemaran ayam Scallop Fish Chicken, 3 minuman Strawberry Gembira dan 3 Chowder of the Day. Sesuai untuk 3-4 orang dengan harga RM119.90 je.

Feisty Arabic Ikan Bakar Bersama-sama

Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice, Udang Pedas, Sotong Goreng dan Kerang. Dilengkapi dengan 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan pencuci mulut 2 Aiskrim Vanilla  dengan Fistikli Baklava. Sesuai untuk dimakan 4-5 orang dengan harga RM159.90 je.

Feisty Arabic Ikan Bakar + Flaming Lobster

Hidangan eksklusif makanan laut premium The Manhattan FISH MARKET- Grilled Flaming Lobster. Didatangkan Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2Garlic Herb Rice, 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan pencuci mulut  dengan 2 Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Sesuai untuk 4-5 orang makan dengan harga RM288.90 je.


Ni la rupanya pencuci mulut Fistikli Baklava. Fistikli Baklava adalah pastri berlapis yang diisi dengan kacang cincang dan direndam dalam madu. Pencuci mulut ini memberi inspirasi dalam membawa rasa pencuci mulut manis dari Timur Tengah, khususnya dari Turki. Limited time only tau! Korang kena cuba. Sekali cuba mesti fall in love punya dessert ni :D

Untuk maklumat lanjut mengenai "Flavours of the World" The Manhattan FISH MARKET, boleh follow media sosial mereka di bawah ni :

Facebook | Website | Instagram


Cantiknya Nazrai Face Mask Extender!

$
0
0
Jatuh cinta pandang pertama!

Aten dan bling-bling tak dapat dipisahkan. Kalau bolehh, semua benda nak bling-bling. Hehehe. Termasuklah mask extender Aten tengah guna sekarang ni. Punya la lama Aten carik, dekat IG je pun adaaa. Cemana la boleh tak perasan NAZRAI ni. Hukhuk

Bermula berada di pasaran since 2013 oleh pengasasnya, Ahmad Nazli Zulkifli dengan koleksi eksklusif tudung shifon dan hijab pin. Koleksi hijab pin tudung ni berkategori premium yang kita boleh pinkan di bahu yang menjadi pelengkap gaya muslimah berhijab.
Apa yang Aten suka mengenai NAZRAI hijabpin ni adalah sebab kualiti jarumnya ynag tajam dan tidak merosakkan material tudung terutama yang diperbuat daripada kain sutera.

Kenapa nama NAZRAI? Ianya adalah gabungan nama pengasasnya bersama isterinya iaitu Nazli dan Zuraidah. Alaaa sweet sangat tau!

Boleh dibanggakan apabila penyanyi nombor satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza pun turut memakai koleksi hijab pin NAZRAI ni. Bukan kaleng-kaleng tau.

Disebabkan pandemik yang melanda kita, NAZRAI face mask extender direka pada tahun lepas. Walaupun pakai mask, kita kena tetap bergaya jugak kan. Hehehe.
NAZRAI face mask extender menggunakan bahan berkualiti iaitu tembaga bersalut perak dan batu cubic zirconia jenis AAA yang berkilauan dan bersinar.
Pilihan klip atau cangkuk face mask extender ni diperbuat dari tembaga aloi yang tahan karat dan ketat. So, bila pakai face mask tu, takde la asyik tercabut je. Heheh

Terdapat banyak pilihan rekaan menarik untuk penuhi citarasa pemakai untuk kelihatan anggun dan eksklusif. Sesuai dengan tema NAZRAI, Be Bold, Be Beautiful and Be In Love.
Panjang setiap mask extender ialah antara 17 hingga ke 18.5cm. Boleh juga dipanjangkan atau dipendekkan mengikut keselesaan pemakai tanpa ada tambahan kos.

Harga NAZRAI face mask extender ialah bermula dari RM96 sehingga ke RM200. Setiap pembelian akan mendapat free gift dan juga penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Kalau nak beli, korang boleh beli online di : IG @nazrai_hijabpin2020 atau hubungi melalui whatsapp 0122325816 untuk dapatkan katalog semua koleksi. 

Himaya Anjurkan Kempen Anti Buli Siber 7 Julai 2021 Ini

$
0
0

Korang percaya tak, hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa iaitu Ipsos, sejumlah 20,793 individu berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.

Buli siber adalah salah satu cara di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi moden. Dah nama pun membuli, orang yang dibuli pasti tidak akan merasa selamat walaupun dimana sahaja mereka, bahkan di rumah mereka sendiri.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia kini berada di tangga ke-6 tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber ni. Gejala buli siber di Malaysia berlaku setiap hari tetapi tak banyak dilaporkan kerana proses birokrasi dan undang-undang yang panjang.

Mungkin juga mereka (pembuli) tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalahguna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Gangguan buli siber boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri terutamanya dalam kalangan remaja.

Menyedari masalah buli siber yang semakin membarah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua mengadakan kempen Anti Buli Siber.
Menurutnya, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam diri kerana ianya akan memudaratkan diri sendiri sehingga boleh berlakunya gangguan mental. Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah pertama dan yang paling penting adalah dengan memberitahu ibu bapa atau orang yang kita percaya dan rasa selamat untuk bercakap mengenainya.

Orang sekeliling juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian yang berlaku sekiranya mangsa malu atau buntu nak buat apa. 

Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana artis kita juga tidak kurang hebatnya menjadi mangsa buli sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah. Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea sehingga ramai yang gagal berhadapan dengan situasi ini sehingga membunuh diri.

Wany Hasrita yang turut menyertai acara ni berkongsi yang beliau pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara Instagram kepunyaannya. Ianya berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan dan berselindung di sebalik akaun dan nama palsu. Sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mereka tidak tahu bahawa tulisan tersebut akan meresap ke dalam ingatan sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas pertama kali menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil pil. Katanya, 'saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya.'

Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industri juga sudah lali dengan 'permainan' netizen. Beliau mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh. Erra Fazira turut melakukan perkara serupa apabila enggan tunduk dengan kecamam netizen.

Datuk KK Chua yang melancarkan kempen anti buli siber berkata, beliau mahu artis dan masyarakat bersama-sama tampil bertindak mengatasi buli siber ini dan jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Di musim pandemik ni, face mask sudah menjadi sebahagian daripada benda wajib kepada masyarakat di dunia. Menyedari kesukaran wanita berhijab di negara ini untuk mendapatkan mask yang sesuai dipakai. Maka, lahirlah Himaya Premium Hijab Medical Mask yang sudah berada di pasaran tahun lalu dan kini menjadi face mask terlaris di Malaysia.

Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah pelitup muka premium perubatan diperbuat dengan tiga lapis fabrik yang memudahkan pernafasan dan selesa, sesuai untuk mereka yang berhijab. 

Erra Fazira, Amira Othman, Wany Hasrita dilantik menjadi duta Himaya Premium Hijab Medical Mask bagi mewakili generasi remaja dan wanita yang sudah memiliki cahaya mata. Mereka berempat adalah wanita yang sibuk dengan kerjaya dan Elfira Loy pula sudah memiliki cahaya. Mereka memerlukan mask yang mudah dipakai dan selasa termasuklah Aten. Hehehe.

Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dalam 5 warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel) , Apricot Dream, Blue Lagoon dan Retro Slate. 

Korang boleh dapatkan Himaya Premium Hijab Medical Mask di semua rangkaian kedai Watsons dan Caring Pharmacy, Alpro, Georgetown, AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healthlane serta ejen yang berdaftar. 

Produk pelitup muka premium ini menggunakan tagline Berani Itu Jelita. Himaya Premium Hijab Medical Mask memandang serius untuk menangani masalah buli siber dengan menganjurkan Kempen Stop Cyber Bullying Women Day yang akan diadakan pada 7 Julai 2021 ini.

Sudio Nio Wireless Earphones Case

$
0
0


Baju baru untuk Sudio Nio Aten!

Aten sejenis sakit mata kalau tengok barang Aten ada calar-calar. Sayang kannn. Kebetulan pulak Sudio ada mengeluarkan Sudio Nio Case. Excited terus bila dapat. Hehehehe

Percaya takk case Sudio Nio ni guna kulit epal je? Seriousss nampak eksklusif gila casing ni bila korang pegang sendiri. Kulit vegan di sekitar kotak Sudio Nio dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Proses mengubah kulit epal yang dibuang berasaskan tumbuhan menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sangat sesuai dengan gaya Aten yang cintakan bumi.

Sudio Nio case menggunakan bahan bio kitar semula, dihasilkan secara mapan oleh pengeluar Itali Paq Kulit Vegan. Prosesnya dimulakan dengan penambakan semula kulit epal dari lembah Bolzano, terletak di antara bukit dan ladang anggur di utara Itali. Kulit dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk membuat bahan asas yang digabungkan dengan yang lain bahan tidak beracun dan pigmen organik. Hasilnya adalah alternatif kulit terbiodegradasi iaitu tahan lama dan lembut apabila disentuh. Jauh lebih baik untuk planet ini daripada produk kulit lain, dan diperakui oleh USDA dan VeganOk.

Harga Sudio Nio Wireless Earphones Case : MYR119

Dapatkan diskaun 15% untuk Sudio NIO dengan kod diskaun [ NIOCASE ], dan 50% diskaun dengan pembelian NIO bermula 25 May 2021 (atau sehingga stok habis). Penghantaran PERCUMA di Malaysia dan di seluruh dunia + jaminan 3 tahun dengan Sudio Sphere.

Untuk maklumat lanjut mengenai NIO Sudio, korang boleh pergi ke media sosial dorang kat bawah ni ok?

Dapatkan Onigiri Sedap di 7 Eleven!

$
0
0


Semalam Aten buat pool kat IG Story and guess what? Rupanya ramai taktau yang di 7 eleven ada jual onigiri! Aten tau lama dah sebab bawah rumah Aten ada 7 eleven. Memang ke situ je kalau tak sempat masak and lapar. Onigiri ni bagi Aten makanan ready to eat yang lengkap sebab ada nasi, sayur dengan lauk. Senang cite makan onigiri ni hari-hari pun takpe. Hehehe.

Kalau korang taktau, ada 9 jenis onigiri yang ada dekat 7 eleven. Range harga pulak dari RM3 sehingga RM6 which is Aten rasa sangat berbaloi dan mengenyangkan. 1 pek tu berat dia 100gram. 

Chuka Idako Onigiri (RM4.50) - baby octopus dengan sos merah dan biji sesame. Gabungan kenyal dan manis yang menyelerakan.

Salmon Teriyaki Onigiri (RM4.20) - hidangan sederhana nasi dengan salmon teriyaki pasti tidak mahu ketinggalan.

Smoked Salmon Cream Cheese Onigiri (RM4.50) - dijamin dapat memenuhi keinginan kita dengan rasa segar dan berkhasiat.

Tobiko Kani Mayo Onigiri (RM4.20) - cara mudah untuk memuaskan selera makanan Jepun korang.

Soy Garlic Chicken Onigiri (RM3.70) - gabungan soya,halia, dan perapan bawang putih yang pasti akan memuaskan hati mengidam korang.

Wasabi Abalone Onigiri (RM5.00) - Nasi premium mewah ini pasti memenuhi piawaian selera tinggi korang dan membuatkan korang nak makan lagi! 

Unagi Onigiri (RM5.50) - santapan mewah sesuai untuk dimakan semua.

Teriyaki Chicken Onigiri (RM3.70) - nasi dengan resipi ayam sihat untuk yang menjaga kesihatan

Tuna Mayo Onigiri (RM3.70) - All time fav! Rasa kaya dengan tekstur yang menyenangkan dengan gabungan mayo dan serpihan tuna yang berkualiti tinggi.

Meriah kan isinya? Thats why Aten cakap berbaloi dengan harganya. Hehehe 

Dapatkan onigiri sedap ni di 7 eleven terdekat korang. Sesuai untuk di makan pada waktu tengahari ataupun snack time dengan secawan kopi pasti menyelerakan!

Selain onigiri, ada jugak makanan lain di 7 eleven. Makanan ready to eat seperti spageti dan makaroni hingga makanan tempatan seperti nasi lemak, mee hoon goreng dan makanan ringan, untuk minuman seperti kopi, jus buah, dan paling penting wajib beli bila ke 7 eleven iaitu Slurpee! Dari sekolah sampai la dah jadi mak orang pun minum lagi. Hahaha.

Btw, 7 eleven pun ada apps tau. Jangan lupa download untuk dapatkan tawaran eksklusif dan ganjaran menarik bila korang berbelanja di 7 eleven!

Facebook | WebsiteInstagram

Ada masalah Ekzema? Saapuu je!

$
0
0

Setiap kali dengar word ekzema seram kan? Ekzema ni apa sebenarnya? Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk. Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya!

Bagi kerani pentadbir di sebuah syarikat swasta, Norshalizawati Shahar, 38, menyaksikan penderitaan anak keduanya, Putri Damia Maisarra Hassan Ali (11) bergelut dengan ekzema bukan satu perkara yang  diingini.

"Bayangkan sejak usia empat tahun melihat dia berperang dengan sakit kulit itu hingga sekarang. Saya sendiri sampai satu tahap jatuh kasihan kepadanya.

"Masa mula kene ekzema, ia bermula di bahagian muka. Kemudian merebak ke kepala dan badan. Namun yang paling kronik ialah muka dan kepala.

"Jenuh juga cuba pelbagai produk di pasaran, kaedah tradisional, saranan di klinik, hospital dan pakar kulit. Pantang ada keluar iklan di media sosial atau disyorkan seseorang, laju saja saya cari dan beli," katanya

Malah pada satu tahap, wanita dari Klang, Selangor ini akur yang penyakit kulit dialami anaknya tiada ubat penyembuh, namun boleh dirawat dari masa ke semasa

Ibu kepada empat cahaya mata ini sedar penyakit kulit itu datang dari darah.

"Dapat kurangkan pedih dan gatal kulitnya pun saya sudah syukur sangat. Sebab apabila gatal, dia akan terus menggaru hingga terluka. Doktor pun pernah nasihatkan anak saya botakkan kepala. Saya ikut nasihat itu. 

"Malah sampai tahap dia tak boleh kena panas terik. Saya pun sampai elak dia dibawa keluar rumah. Kalau dulu ada jemputan kahwin pun, saya tak boleh penuhi sebab kenangkan keadaannya

"Pernah dua bulan juga dia tak ke taska sebab trauma kena ejek dengan kawan. Kawan dan sekeliling takut berjangkit. Tapi sebenarnya penyakit ini tidak berjangkit dan doktor sendiri mengesahkan," katanya.

Bagaimanapun di sebalik kegetiran dilalui anaknya, Norshalizawati bersyukur dipertemukan dengan produk Saapuu yang mempunyai mukjizat tersendiri.

"Selepas menggunakan rangkaian produk berkenaan sejak lapan bulan lalu, perubahan ketara mula kelihatan.

"Bahagian kepala anak saya sampai sekarang agak sukar nak hilang ekzema. Ditambah pula rambutnya tebal dan sukar untuk dibersihkan dan hingga berdarah kulit.


"Ada produk yang saya pernah cuba melekit dan tak serasi sampai buat kulit rasa pedih. Tapi Saapuu berbeza. Saya sendiri jatuh hati dengan produk berkenaan. Bermula daripada kit percubaan, akhirnya kini produk itu buat anak saya sudah kurang kegatalannya," katanya

Saapuu dipasarkan di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd. Saapuu dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.

Kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan atau mahu membeli produk tersebut, sila layari media sosial mereka di bawah ni : 

Ibu hamil Perlu Divaksin untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

$
0
0

Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan.

Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang vaksin Pfizer sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Dr. Premitha masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka. 


“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit,” katanya. “Secara umumnya, seorang ibu hamil digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan Tdap untuk melindungi dirinya daripada influenza, kancing gigi, difteria dan batuk kokol (whooping cough)”. Batuk kokol adalah sejenis penyakit mudah berjangkit yang boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan bayi baharu lahir. 

Menurut Dr. Premitha, vaksin batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertussis itu lazimnya diberikan kepada bayi selepas 3 bulan kelahiran. Oleh itu, si ibu perlu diberikan vaksin Tdap untuk memastikan antibodi yang dibina dalam badan boleh disalurkan kepada bayi untuk memberikan perlindungan jangka pendek sementara menantikan vaksinasi tersebut. 


“Sebenarnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit. Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin COVID-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr. Premitha. “Dalam kes positif COVID-19 yang melibatkan ibu hamil, kategori klinikal penyakit tersebut boleh bertambah serius dalam masa singkat berbanding individu lain. Sekiranya mereka yang tidak hamil masih boleh dikuarantinkan di rumah bagi Kategori 1 atau 2, keadaan ibu hamil boleh melarat dengan cepat kerana rahim ibu yang mengembang mengikut tempoh kehamilannya khususnya selepas memasuki bulan ke-4 memberi impak terhadap paru-paru si ibu. Sebab itu, ibu hamil yang disahkan positif sering kali ditahan di hospital untuk perhatian lanjut sehingga betul-betul sembuh”. 


“Sebagai Perunding Perbidanan & Sakit Puan, antara tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua ibu menikmati pengalaman kehamilan yang mudah dan menggembirakan. Namun, sejak pandemik ini melanda, kami perlu bekerja lebih keras supaya ibu-ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat,” tambahnya. 

Bercerita tentang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang merisaukan, Dr. Premitha meyakinkan golongan ibu hamil bahawa kesan selepas vaksinasi seperti rasa lenguh, pening kepala, mual dan demam boleh dirawat dan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa terdekat. Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat paracetamol untuk ibu hamil menangani kesan sampingan tersebut. “Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas,” katanya. “Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?”

“Terbaharu, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90% kakitangan kesihatan seluruh negara. Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor anda tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin COVID-19,” jelas Dr. Premitha. “Malah, kakitangan kesihatan yang hamil juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Sehingga kini, mereka juga tidak mengalami apa-apa isu berkaitan COVID-19 sepanjang kehamilan mereka. Para ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh sebaran di Media Sosial kerana setiap kehamilan adalah unik. Sebab itu ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor tentang menghadapi kehamilan sepanjang tempoh pandemik”. 

Antara lain, Dr. Premitha menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil. Para suami perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka. 


Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting. “Walaupun kakitangan kesihatan boleh menawarkan suasana yang selamat untuk ibu dan bayi di hospital, cabaran sebenar adalah apabila si ibu dan bayi pulang ke rumah,” kata Dr. Premitha. “Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda. Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19”. 

Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan dalam negara setiap hari, Dr. Premitha berharap ibu hamil dan menyusukan akan terus mengikut SOP yang digariskan dan memilih untuk divaksinkan. 

"Malu ada Lengan, Tangan Penuh Bintik Hitam? Saapuu Jer"

$
0
0

Berdepan masalah kulit  kusam, tona tak sekata dan penuh bintik hitam bukan satu keinginan yang didambakan sesiapapun dalam dunia ini. Tambahan pula Malaysia berdepan iklim panas yang  berpanjangan. Bagi Sharon Teh atau nama sebenarnya Teh Swee Lin masalah bintik hitam di lengan dan tangannya dialami sejak 20 tahun lalu benar benar menyesakkan matanya.

Wanita berusia 52 tahun dari Taiping, Perak yang bekerja dalam bidang jualan ini pada satu tahap rimas dengan masalah yang bagai tiada pengakhirannya. Kerap 'berjemur' dek komitmen keluar bekerja di bawah panas terik matahari antara punca masalah bintik hitam mula bermaharajalela.

"Puas mencuba pelbagai produk kulit di pasaran, hasilnya tetap mengecewakan saya. Kesudahannya lebur semua wang begitu saja. "Pernah juga terfikir mahu melakukan rawatan laser di kulit tangan itu. Tapi difikirkan kosnya memang sangat mahal. Saya amat realistik namun tidaklah sampai tahap membazir wang.

"Pada satu tahap, saya hampir putus asa mencari solusi terbaik merawat masalah dialami. Biasalah golongan wanita mahupun lelaki zaman sekarang ini semua pentingkan kecantikan diri," katanya. Malah pada satu tahap Sharon terlalu geram hingga tidak sanggup melihat lengan sendiri.

"Nak pakai baju tidak berlengan pun tak sanggup. Saya jadi geram, tak selesa dan malu nak berpakaian mendedahkan kulit."Pendek kata, saya akan cari solusi untuk menyarung jaket, kot atau memakai baju berlengan panjang," katanya

Bagaimanapun dipendekkan cerita, sekitar Mei lalu, iklan produk kesihatan kulit Saapuu pantas mencuri perhatiannya.

"Sejujurnya saya tidak tahu kenapa iklan produk berkenaan begitu pantas menangkap pandangan mata dan hati. Lantas saya menghubungi pihak mereka untuk bertanyakan lanjut mengenai produk itu.

"Saya masih ingat lagi tanggal 11 Mei produk itu selamat sampai di rumah untuk dicuba. 

Selepas beberapa kali menyapu  krim dan gel kulitnya berturut turut, kesan bintik hitam kian pudar. Kulit saya perlahan demi perlahan nampak kecerahannya. Bintik hitam juga sudah berkurangan.

"Dalam hati saya sendiri tertanya mukjizat apa yang ada dalam produk ini sampai begitu hebat sekali kesannya. Tak sangka dengan kos minimun, saya boleh lihat kesan dalam masa singkat," katanya

Tambah Sharon lagi selepas meneliti kandungan yang digunakan dalam produk Saapuu ternyata ia satu pelaburan berbaloi

"Produk SaaPuu mengandungi pelbagai  bahan organik yang sememangnya terbukti untuk kebaikan kulit. Contohnya seperti minyak argan, madu, daun sirih, daun pegaga, curcumin, daun gelenggang dan aloe vera. 

"Tambahan pula, paling utama dan meyakinkan saya kerana produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi memang diakui produk ini selamat untuk dipakai tanpa rasa was-was. 

"Hati saya kini meloncat kegembiraan apabila 'penderitaan' masalah kulit saya akhirnya selesai begitu sahaja selepas menggunakan produk berkenaan. Kini saya boleh menjalani hidup dan bekerja dengan lebih berkeyakinan," katanya tersenyum.

Bagi yang ingin membeli atau mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk Saapuu boleh layari www.online.saapuu.my


Cetaphil Baby with Organic Calendula Range Review

$
0
0
Ibu mana yang tak risau bila baby dia ada masalah kulit. Lagi-lagi yang baru lahir dan sekarang dengan cuaca tak menentu dan di zaman pandemik ni, memang kita ibu-ibu mesti akan risau. Termasuklah Aten. Masa Ammar dulu 4 bulan dan kena eczema. Tidur malam memang tak pernah cukup. Sebab Ammar sikit-sikit menggaru badan dia yang ada eczema. Kadang-kadang tu sampai berdarahlah. Malam pun kerap nanges sebab tak selesa. Aircond pulak memang sentiasa pasang sebab taknak bagi dia berpeluh dan trigger eczema dia. Aten tanya parents yang dah ada anak, mostly akan recommend Cetaphil. Dah 3 tahun Aten guna dan adik Ammar, Afiq pun Aten bagi dia guna Cetaphil jugak sebab badan dia naik bintik2 merah. Menggaru sampai calar balar la badan. Kita tengok ni yang kesian T.T

Korang tau tak Cetaphil ada mengeluarkan range baru untuk kegunaan bayi kita? Namanya Cetaphil Baby with Organic Calendula Range. Since Afiq pun ada masalah kulit jugak, terus Aten gunakan range ni untuk mengawal masalah kulit dia. And guess what? It works wonder untuk kulit Afiq!

Cetaphil Baby with Organic Calendula Range ni terdiri daripada 3 iaitu
  • Cetaphil Baby Wash & Shampoo with Organic Calendula

  • Cetaphil Baby Daily Lotion with Organic Calendula

  • Cetaphil Advanced Protection Cream with Organic Calendula

Cetaphil Baby Wash & Shampoo with Organic Calendula
Sabun dan syampu yang diformulasikan dengan ekstrak calendula organik yang menenangkan, berasal dari bunga marigold dan digunakan selama berabad-abad untuk menenangkan kulit kering dan sensitif. Ia membantu meningkatkan penghidratan kulit, melindungi kulit daripada iritasi dan juga membantu proses penyembuhan kulit. Range ni juga disyorkan oleh pakar pediatrik. Sesuai untuk bayi baru lahir dan diperakui untuk menjaga kulit bayi anda lembut dan lembut.

Cetaphil Baby Daily Lotion with Organic Calendula
Losyen ni diformulasikan untuk menenangkan dan menyuburkan sambil melindungi kulit bayi dari kekeringan. Ia membantu meningkatkan penghidratan kulit, melindungi kulit daripada kerosakan oleh perengsa dan juga membantu proses penyembuhan kulit.

Cetaphil Advanced Protection Cream with Organic Calendula
Krim serbaguna lembut yang diformulasikan untuk menenangkan & melindungi kulit halus bayi dari kekeringan & kerengsaan. Dengan calendula organik, allantoin dan shea butter untuk replenish skin’s moisture barrier  dan menguatkan kulit. Mengandungi 0% Paraben, 0% Mineral Oils, dan 0% derivatif Haiwan untuk memastikan kulit bayi dilindungi dengan baik dari sebarang bahan berbahaya.

Review  Cetaphil Baby with Organic Calendula Range: 
Overall Aten sangat berpuas hati dengan range ni. Sangat-sangat membantu Aten merawat masalah kulit Afiq. This range macam 3 step skincare regime (Membersihkan > Melembapkan > Melindungi). Bila dia start menggaru je terus pakaikan losyen kat dia. Antara ketiga-tiga ni, Aten paling suka Cetaphil Advanced Protection Cream with Organic Calendula! Memang ajaib gilaaa. Lepas sapu je dia takde garu dah. Lega gila ada this range untuk kegunaan Aten dan anak-anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai this range, korang boleh layari media sosial mereka di bawah ni :

7 Sebab Korang Kena Guna Himaya Hijab Face Mask!

$
0
0

Kes COVID makin menjadi-jadi. Bukan makin turun. Makin naik sampai almost 10k! Lockdown, PKP, PKPD semua dah buat tapi kes masih meningkat. Taktau dah nak kata apa. Kita cakap pun bukan orang atasan dengar pun kan.

Sekarang ni banyak kan ibu mengandung yang dijangkiti COVID mengalami kesukaran pernafasan sehingga kena ditidurkan, bayi dalam kandungan kena dibawa keluar kerana takut mengancam nyawa. Aten yang baca ni pun sedih sangat. Tak termasuk lagi orang yang nak bunuh diri kerana kesempitan hidung dari segi kewangan. Murung kerana dibuang kerja, gaji dipotong dan sebagainya.

Sekarang ni, kita je yang mampu jaga diri kita sendiri. Bataskan pergerakan, Kalau takde keperluan nak keluar, just duduk rumah je. Terutama mereka yang ada anak kecil ataupun bayi baru lahir. Aten tulis ni pun untuk peringatan untuk diri Aten jugak. Aten ada anak yang berumur 3 tahun dan 5 bulan. Memang kesian sebab mereka sepatutnya sekarang diluar explore dunia luar tapi disebabkan pandemik ni, semua yang kita tak menjadi. Tapi better la kita duduk rumah je kan dari nyawa mereka terancam disebabkan virus ni.

Namun, sampai bila nak duduk rumah kan? Keperluan rumah pun kena beli jugak. Jadi, Aten nak tekankan pemakaian face mask sangat penting jika korang nak keluar. 

Trust me, Aten dah beli dan cuba pelbagai jenis face mask yang dijual di luar sana dan jugak di Shopee. Dalam banyak-banyak face mask yang Aten beli dan cuba, hijab face mask dari Himaya yang Aten paling suka!

Ni antara sebab korang kena beli dan pakai Himaya Hijab Face Mask :

  1. Sebab kes COVID makin meningkat dan mengganas!
  2. Pelbagai warna yang korang pilih mengikut mood korang (bosan kan kalau asyik warna sama je)
  3. Sesuai untuk semua orang tak kira lelaki dan perempuan kecuali kanak-kanak. Walaupun tak berhijab pun boleh pakai tau!)
  4. Tali face mask yang kukuh. Tak senang terputus!
  5. Material yang digunakan sangat berkualiti. Takkan kena mask acne (mask acne) dan tidak berbulu.
  6. Face mask yang bercorak pun Himaya ada. Sesuai untuk kaum wanita yang nak nampak bergaya dan tampil ayu dan anggun
  7. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang diberikan.
Kalau korang tengok di Instagram Himaya, team Himaya sangat aktif dalam membantu masyarakat sekeliling. Mereka menyediakan mask untuk kegunaan frontliner, hospital dan jugak PPR. Satu inisiatif murni dari Himaya yang boleh dibanggakan sebagai pengguna setia Hijab Face Mask Himaya. Mereka juga ada berkongsi tips menarik dan juga mengadakan giveaway untuk semua followers mereka. 


Korang boleh dapatkan Himaya Hijab Face Mask di semua rangkaian farmasi Watson, Caring, Health Lane, SaSa dan AA Pharmacy ataupun hubungi : +6 012 888 2680 untuk maklumat lanjut.

Pengalaman Cucuk Vaksin COVID-19 di PPV Ideal Convention Centre IDCC, Shah Alam

$
0
0

 

First thing Aten check dekat MySejahtera bila dapat SMS suruh check tarikh vaksin dan tempat. Nervous ya nak check tempat vaksin sebab ayah Aten dapat Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC), mama dapat Ideal Convention Centre (IDCC). 

Aten dan family duduk di Seri Kembangan, tapi macam mana boleh sesat dapat PPV di SPCC dengan IDCC? Hahahha!

Tapi apa pun Aten bersyukur sebab dah dapat date vaksin sebab Aten dah register since Februari. Tengah bulan Julai baru dapat first dose. Dapat PPV yang jauh ni, boleh jalan-jalan menikmati pemandangan highway nak ke Shah Alam tu. At least ada lah juga sebab nak keluar kan. Kalau tak, asyik mereput je dekat rumah. Dari rumah Aten ke IDCC 34km. Redah je lah. Hahaha

Appointment vaksin Aten 10.30 pagi. Sure ramai niii. Dapat waktu pagi pulak. Kena gerak awal ni taknak tunggu lama-lama. Breakfast sesiap okeh. Makan roti minum air milo je pun cukup dah. 

 Pukul 9 Aten dah gerak dan sampai 9.45. Korang boleh parking kat tingkat. Aten ingatkan Aten sorang je yang datang awal. Hhahahah. Sampai je tingkat 4, dekat pintu masuk kena beratur. Scan mysejahtera dan update status COVID-19. Status COVID-19 ni korang update siap-siap kat rumah pun takpe.

Dari tingkat 4 naik escalator sampai ke tingkat 7. Semua urusan vaksin buat dekat tingkat 7. Jangan risau, korang takkan sesat sebab memang akan ada orang yang akan membantu kita kalau kita tak sure nak ke mana.

  1.  Station 1 - Check suhu korang 
  2. Station 2 - Ambik borang kebenaran untuk cucuk vaksin. Kena isi maklumat korang dan menunggu giliran untuk berjumpa staff di sana untuk double check details korang. Kat sini kena kena bagi IC kita kat dorang. So, keluarkan sesiap IC.
  3. Station 3 - Station ni korang akan berjumpa dengan doktor. Doktor tu akan explain dekat korang apa yang akan jadi, side effect ke. Dorang akan tanya korang sihat ke apa semua. Then sign borang kebenaran untuk cucuk vaksin.
  4. Station 4 - Station 4 ni la yang paling buat semua orang berdebar iaitu cucuk vaksin. Korang akan dipanggil ke cubicle yang kosong untuk dicucuk
  5. Station 5 - Observation station. Selepas vaksin dicucuk, korang kena tunggu 15 minit untuk pemerhatian. Kira nak tengok ada tak tindak balas dekat vaksin tu. Contoh, macam sesak dada ke pitam ke apa. Sementara tunggu tu, dorang akan bagi kad vaksin untuk dos yang kedua pulak. 3 minggu selepas tarikh korang dicucuk.
Ok tu je! Then ambik la gambar dekat photo booth untuk buat kenang-kenangan dan sebarkan dekat media sosial tentang kebaikan vaksin COVID19 ni. Habis ambik gambar, dapat food dari Nestle Care. Then dah boleh balik!

Overall, semua ok je bagi Aten. Standard convention centre memang akan ramai orang. Dekat station 2 haritu dekat depan Aten ada 50 orang lagi menunggu giliran. Dorang akan utamakan Dos ke-2 sebab kebanyakannya orang yang dah berusia. Kira 2 jam la Aten menunggu untuk siap semuanya. Tapi ok la kan dok dalam aircond, dapat duduk. Chill and enjoy je k?

Apa yang perlu korang buat sebelum nak pergi ke PPV?
  • Update status COVID-19 korang
  • Bawak pen sendiri - nak kurangkan penyentuhan antara satu sama lain
  • Borang kebenaran vaksin akan diberikan. Tak perlu bawak dari rumah.
  • Tak perlu pun bawak air botol. Nanti korang lupa and tertinggal!
  • Check betul2 sama ada korang Hall A atau Hall B. Ramai gilaaa yang tersalah tempat. Hall A IDCC akan dapat vaksin AstraZeneca. Hall B IDCC akan dapat vaksin Sinovac.
  • Nak selamat, bawak partner ikut kita sekali. Tapi dorang tak boleh naik ke hall. Kena tunggu dekat kereta. In case lepas cucuk, korang takut nak drive, kot la side effect korang tu buat korang tak boleh nak bawak kereta.
Side effect vaksin Sinovac?
Lepas cucuk vaksin tu terus tangan jadi auto lenguh. Sakit kat tempat dia cucuk vaksin tu. Then ada rasa sejuk sikit je bila tidur malam tu. Takde demam takde lapar ke apa. Hahaha! Mungkin lain orang lain side effectnya. Apa-apa pun sediakan panadol. Kalau rasa badan tak selesa, boleh makan panadol.

Ok tu je guys. Semoga post ni membantu serba sedikit untuk korang yang belum mendapat vaksin. Jangan nervous! Everything gonna be okayy.

Anggaran Caj Rawatan Bersalin di PPUKM (HUKM)

$
0
0

 


Anggaran Caj Rawatan Bersalin di HUKM (PPUKM)
Maternity Charges Estimations at HUKM (PPUKM)

Ni anggaran je tau. Kos rawatan bersalin akan dikira mengikut berapa lama kita dekat wad, ubat yang kita ambik dah lain-lain. Tapi korang yang nak bersalin di PPUKM (HUKM) boleh sediakan duit seperti dalam gambar kat atas. Kumpul je duit banyak-banyak ok? Semoga urusan bersalin korang dipermudahkan. Amiinnnn


Pengalaman bersalin musim PKP di HUKM (PPUKM)

Perbezaan Keberkesanan Vaksin Sinovac & Pfizer COVID-19

$
0
0


Ada lagi yang bergaduh dan demand nak certain vaksin?
Guysss! Come onnn. Kes dah cecah 15000 tau. Its a huge number!

Bila dah dapat appointment tu, pergi je cucuk vaksin. Tak kisah lah vaksin apa pun. Yang penting, kita protect diri kita dulu. Vaksin tidak menyembuhkan COVID-19 sepenuhnya. Kita masih boleh dijangkiti virus ni tapi kesannya tak seteruk sebelum divaksin. Jangan percaya dengan berita palsu yang orang ramai send dekat whatsapp okeh? Apa-apa, rujuk website yang betul. Bertanya kalau tak pasti. We can do this Malaysian! 

Viewing all 490 articles
Browse latest View live